Malaysian Attention Engine
Live wire
57Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games49Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar47Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor45YouTrip outage in Singapore and Thailand | The Straits Times44General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting43Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November40Shafie gesa lahir lebih ramai doktor tempatan di Sabah, Sarawak38Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan37Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar35Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

JPJ Pulau Pinang cadang kelas pemulihan tangani mat rempit tegar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 14:26 MYTLatest activity 19 Oct, 14:26BMconfidence 60%

What happened

JPJ Pulau Pinang cadang kelas pemulihan tangani mat rempit tegar (Harian Metro, 14:26)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

JPJ Pulau Pinang cadang kelas pemulihan tangani mat rempit tegar

By Nur Izzati Mohamad · 19 Oct, 14:26 MYT

am@hmetro.com.my

Butterworth: Pesalah jalan raya tegar termasuk golongan yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dicadang mengikuti program pemulihan selain dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti saman dan penyitaan kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, pendekatan pemulihan boleh dipertimbangkan sebagai langkah ketiga selepas penguatkuasaan dan pencegahan, sekiranya kedua-dua pendekatan berkenaan dilihat kurang berkesan dalam menangani masalah itu.

Beliau berkata, antara cadangan yang dilihat ialah mengaitkan tindakan pemulihan dengan sistem mata demerit.

"Apabila pesalah tegar mencapai jumlah mata tertentu, lesen memandu mereka boleh digantung atau dibatalkan.

"Untuk dapatkan lesen kembali akan ada sesi pemulihan dan sebagainya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zulkifly berkata demikian ketika diminta mengulas video tular yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai berkumpul di laluan keluar Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam seolah-olah 'litar lumba' sehingga mengganggu aliran trafik dan mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya.

Meskipun pelbagai operasi penguatkuasaan dan pencegahan dilakukan pihak berkuasa namun aktiviti tidak sihat itu masih berleluasa yang memerlukan langkah lebih drastik perlu diambil selain tindakan saman serta penyitaan motosikal.

Zulkifly berkata, faktor individu itu sendiri yang ingin mencari keseronokan serta mencabar diri dengan menunggang motosikal secara berlumba di jalan raya adalah punca mereka terbabit dalam kegiatan ini.

"Secara umum kita tengok yang pertama sekali faktor individu itu sendiri yang dia suka cari keseronokan macam itu (berlumba).

"Nak kata hobi bukan hobi, tetapi dia suka buat benda itu, dia suka cabar diri dia dengan naik motosikal secara berlumba.

"Jadi kita sokong dengan cadangan adakan kelas pemulihan untuk golongan ini," katanya.

Zulkifly berkata, cadangan untuk memperkenalkan sesi pemulihan itu juga bukan hanya membabitkan golongan 'mat rempit', sebaliknya boleh diperluaskan kepada pesalah jalan raya lain yang melakukan kesalahan secara berulang.

Katanya, menerusi sesi pemulihan itu, pengisian seperti bimbingan dan pembangunan diri boleh diberikan kepada pesalah tegar supaya mereka memahami kesan daripada tindakan yang dilakukan.

Zulkifly berkata, perkara berkenaan masih belum dilaksanakan dan perbincangan di peringkat pusat sedang dijalankan mengenai kaedah pelaksanaannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:11 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 14:26 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:26

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.