
Juliana Evans selamat bersalin anak ketiga, pilih nama Tengku Ismail
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Juliana Evans selamat bersalin anak ketiga, pilih nama Tengku Ismail (Google News Malaysia (BM), 09:15)
Read the reporting
1 report
Juliana Evans selamat bersalin anak ketiga, beri nama Tengku Ismail
PETALING JAYA – Pelakon Che Puan Juliana Evans berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi lelaki seberat 3.55 kilogram, di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, petang Sabtu.
Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak ketiganya yang diberi nama Tengku Ismail itu, selain berterima kasih kepada semua pihak atas ucapan serta doa diberikan buat keluarganya.
“Alhamdulillah. Kami amat bersyukur. Tengku Ismail telah selamat dilahirkan. Terima kasih atas semua ucapan,” katanya ringkas dalam Threads.
Pelakon itu turut berkongsi sekeping gambar bersama bayi lelakinya sekali gus mengundang perhatian peminat.
“Wah comelnya, selamat berpantang, baru melahirkan pun tetap cantik.
“Nama yang sangat baik, Ismail. Seronoknya ada anak kecil, moga membesar jadi anak yang soleh,” antara komen netizen.
Terdahulu, pada Jun lalu, Juliana mengumumkan berita kehamilan anak ketiganya sebelum berkongsi keterujaan bakal menyambut kelahiran seorang bayi lelaki.
Untuk rekod, aktres berdarah campuran Melayu, Britain dan Amerika Syarikat itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan juga kerabat Diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 7, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3 tahun. – KOSMO! ONLINE
The post Juliana Evans selamat bersalin anak ketiga, beri nama Tengku Ismail appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)09:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.