
Kad kredit asas kadar maksimum 14 peratus mula ditawarkan bulan ini
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Institusi perbankan akan mula menawarkan kad kredit asas secara berperingkat mulai bulan ini dengan kadar faedah atau keuntungan maksimum 14 peratus setahun, sebagai langkah menyediakan pilihan pembiayaan lebih mampu milik kepada pengguna. (Berita Harian, 14:11)
Read the reporting
1 report
Kad kredit asas kadar maksimum 14 peratus mula ditawarkan bulan ini
KUALA LUMPUR: Institusi perbankan akan mula menawarkan kad kredit asas secara berperingkat mulai bulan ini dengan kadar faedah atau keuntungan maksimum 14 peratus setahun, sebagai langkah menyediakan pilihan pembiayaan lebih mampu milik kepada pengguna.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan mengenai Belanjawan 2027 memaklumkan, kad kredit berkenaan direka dengan struktur lebih ringkas tanpa program ganjaran atau pulangan tunai, sekali gus memberi tumpuan kepada keperluan asas pengguna.
Menurut bank pusat itu, pemegang kad kredit sedia ada juga boleh beralih kepada produk berkenaan dan memindahkan baki tertunggak yang layak, sekali gus membolehkan mereka menikmati kos pembiayaan lebih rendah, di samping menggalakkan penggunaan kredit serta pengurusan hutang secara bertanggungjawab.
Selain langkah berkenaan, BNM memaklumkan pelan insurans dan takaful perubatan serta kesihatan (MHIT) sukarela, MediAsas, akan diperkenalkan kepada orang ramai pada Januari 2027, dengan premium atau sumbangan yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai pendapatan bagi perlindungan diri sendiri dan ahli keluarga terdekat.
Kerajaan turut memperuntukkan RM40 juta bagi menyediakan baucar MediAsas kepada pekerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang daripada 75 pekerja, khususnya bagi memperluas perlindungan kepada golongan pekerja yang mempunyai perlindungan kesihatan terhad atau langsung tidak dilindungi. Inisiatif di bawah strategi RESET itu juga bertujuan membantu rakyat membuat persediaan kewangan bagi menghadapi perbelanjaan perubatan.
Dalam usaha memperkukuh daya tahan perniagaan pula, BNM mengumumkan tambahan peruntukan RM5 bilion kepada Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF) yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9,000 lagi PKS, termasuk perusahaan mikro, untuk mendapatkan modal kerja pada kos berpatutan.
Kemudahan pembiayaan itu bertujuan membantu PKS mengurus tekanan aliran tunai sementara, mengekalkan operasi serta memperkukuh daya tahan perniagaan ketika berdepan kesan ekonomi akibat konflik berterusan di Timur Tengah.
Setakat 30 September 2026, pembiayaan berjumlah RM3.8 bilion daripada peruntukan awal RM5 bilion sudah diluluskan melalui kemudahan SME SRF, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 6,800 akaun PKS.
BNM memaklumkan, kemudahan berkenaan akan terus tersedia kepada PKS yang terjejas dalam semua sektor ekonomi sehingga 30 Jun 2027 atau sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Pada masa sama, pelaksanaan CAKNA akan terus diperkukuh bagi memperluas akses modal kerja kepada kontraktor kecil gred G1 hingga G4 yang melaksanakan projek kerajaan, selain melanjutkan kadar duti setem nominal RM10 bagi perjanjian pembiayaan CAKNA I dan II sehingga 31 Disember 2030 bagi mengurangkan kos pembiayaan.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata: "Belanjawan 2027 mencerminkan pendekatan seimbang yang terus memacu agenda pembaharuan penting dan pada masa yang sama menyokong isi rumah dan perniagaan dalam persekitaran global yang masih tidak menentu."
"Pada masa hadapan, cabaran utama adalah untuk memastikan produktiviti, inovasi dan pelaburan terus diperkukuh seiring dengan peningkatan pendapatan supaya pertumbuhan ekonomi kekal mampan dan manfaatnya dapat dinikmati secara meluas," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.