Malaysian Attention Engine
Live wire
36Economic toll of haze in Malaysia could hit RM1.5b a month as business and health costs mount, experts say34Hazy conditions persist as PSI remains unhealthy across Singapore34Samsung’s New Fridge Doesn’t Just Chill Your Food; It Learns What You Eat31Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah30Guardrails needed on use of GLCs, GLICs for govt spending, say ex-Umno leaders30Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM28Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara28Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas28KJ wants govt to take firmer stance with Indonesia over haze28Rusia tahan wartawan Jepun disyaki mengintip maklumat pertahanan28Pergaduhan libat 5 lelaki bersejata di Taman Medan Jaya bukan isu perkauman - Polis28Singapura mula agihkan pelitup muka N95 susulan jerebu semakin buruk
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Kad merah Struijk dibatalkan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 22:33 MYTLatest activity 14 Oct, 22:33BMconfidence 60%

What happened

London: Kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan Brighton and Hove Albion, Pascal Struijk ketika menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, dibatalkan selepas rayuan kelab itu diterima. (Harian Metro, 22:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Kad merah Struijk dibatalkan

By AFP · 14 Oct, 22:33 MYT

London: Kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan Brighton and Hove Albion, Pascal Struijk ketika menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, dibatalkan selepas rayuan kelab itu diterima.

Brighton mengesahkan keputusan itu pada Rabu selepas Suruhanjaya Kawal Selia membenarkan rayuan mereka terhadap tindakan pengadil yang dianggap sebagai pemecatan tidak wajar.

Struijk dilayangkan kad merah pada minit ke-57 selepas didakwa mengasari penyerang Sunderland, Wilson Isidor, ketika pemain itu cuba mengejar hantaran lorong.

Pada mulanya, pengadil Thomas Bramall dan pembantunya tidak mengesan sebarang kekasaran sebelum pengadil video bantuan pengadil (VAR), Neil Davies campur tangan dan meminta Bramall meneliti insiden itu menerusi skrin di tepi padang.

Selepas menonton ulang tayang beberapa kali, Bramall melayangkan kad merah terus kepada Struijk atas alasan menghalang peluang jelas untuk menjaringkan gol.

Keputusan itu mengundang rasa tidak percaya dalam kalangan pemain Brighton sebelum tindakan berkenaan akhirnya dibatalkan susulan rayuan kelab itu yang berjaya.

Brighton ketika itu mendahului 1-0 sebelum terpaksa meneruskan perlawanan dengan 10 pemain.

Bagaimanapun, mereka tetap mencatat kemenangan 2-0 untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Kemenangan itu menyaksikan Brighton menghuni tangga ketiga liga, lima mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Pembatalan kad merah itu juga bermakna Struijk tidak perlu menjalani penggantungan satu perlawanan dan kini boleh diturunkan ketika Brighton menentang Crystal Palace dalam aksi EPL hujung minggu ini.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Brighton daripada Leeds United pada jendela perpindahan musim panas dengan nilai perpindahan £20 juta (RM113 juta).

Perlawanan menentang Sunderland itu juga merupakan penampilan kedua Struijk dalam kesebelasan utama Brighton bagi saingan liga di bawah kendalian Fabian Hurzeler.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow23:00
Latest 23:38 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 22:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    22:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kad merah Struijk dibatalkan
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.