Malaysian Attention Engine
Live wire
33Hazy conditions persist as PSI remains unhealthy across Singapore31Motorsport: Motor racing-Red Bull extend F1 boss Mekies' contract through 203130Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan30Politics : Melaka Polls: PH Candidate List Discussions More Than 95 Per Cent Complete - Fahmi29Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah29Guardrails needed on use of GLCs, GLICs for govt spending, say ex-Umno leaders29Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM29General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law28General : Creative Content Push Must Go Hand In Hand With Child Online Safety - Fahmi28General : Chinese Investors Eye Major Aluminium Investment In Sarawak - Ahmad Zahid28Langit Kalimantan bertukar jingga akibat jerebu, kebakaran hutan2815,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kadar pengangguran rendah tidak beri gambaran menyeluruh pasaran buruh - Akmal Nasrullah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 00:13 MYTLatest activity 15 Oct, 00:13BMconfidence 60%

What happened

Kadar pengangguran rendah tidak beri gambaran menyeluruh pasaran buruh - Akmal Nasrullah (Harian Metro, 00:13)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Kadar pengangguran rendah tidak beri gambaran menyeluruh pasaran buruh - Akmal Nasrullah

By Muhammad Yusri Muzamir · 15 Oct, 00:13 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Ekonomi mengakui kadar pengangguran yang kekal rendah iaitu 3.0 peratus, tidak menggambarkan sepenuhnya landskap pasaran buruh negara.

Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ini memandangkan landskap pasaran buruh perlu dilihat bersekali dengan indikator lain, seperti komposisi pekerjaan mahir dan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

Beliau berkata, komposisi pekerja mahir mencatatkan 30.1 peratus tahun lalu, manakala kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran adalah 35.6 peratus.

Angka itu, katanya, menunjukkan berlaku isu struktur dalam pasaran buruh serta ketidaksepadanan pekerjaan, termasuk dalam kalangan graduan bekerja di bawah kelayakan dan menerima gaji rendah.

"Bagi menangani ketidaksepadanan pekerjaan, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), terutama dipacu inovasi, pendigitalan, penggunaan teknologi termaju dan aktiviti berintensiti pengetahuan.

"Transformasi struktur ini mampu menawarkan lebih banyak pekerjaan mahir dengan gaji tinggi yang akan menyumbang kepada sasaran guna tenaga penuh berkaitan kemahiran kepada 30 peratus.

"Ia juga menyumbang kepada gaji penengah bulanan RM3,500 dan komposisi tenaga kerja mahir kepada 35 peratus, pada 2030," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di portal Parlimen, malam ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) mengenai peratusan kadar pengangguran 3.0 sahaja, tidak menggambarkan keadaan pasaran pekerjaan sepenuhnya.

Akmal Nasrullah berkata, menyedari cabaran dalam pasaran buruh, kerajaan giat melakukan reformasi ke atas pasaran buruh seperti digariskan dalam RMK13.

Katanya, inisiatif dilaksanakan, termasuk mempercepat penyelarasan gaji bagi mengurangkan jurang gaji dan meningkatkan bahagian pampasan pekerja (CE) serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bermatlamat memastikan rakyat mendapat pekerjaan dengan gaji bermaruah.

Beliau berkata, kerajaan juga terus berusaha meningkatkan gaji pekerja melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, Perintah Gaji Minimum serta gaji kehidupan wajar bagi menangani kos sara hidup.

"Kerajaan juga komited menangani cabaran kos sara hidup melalui pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Antara inisiatif utama termasuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah dengan peruntukan melebihi RM15 bilion, bantuan kebajikan kepada kumpulan sasar berjumlah RM3.1 bilion serta pelaksanaan subsidi bersasar bagi bahan api dan utiliti.

"Kerajaan turut melaksanakan langkah penstabilan harga barangan dan perkhidmatan asas melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, termasuk Program Penyeragaman Harga Barang bernilai RM67 juta dan Payung RAHMAH sebanyak RM600 juta.

"Subsidi bahan api berkuota BUDI95 dan BUDI Diesel turut diteruskan dengan anggaran kos sekitar RM4 bilion sebulan," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow01:00
Latest 01:08 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 00:13 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    00:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.