
Kasih pada bahasa, Sivaneswarran mahu buktikan Kesusasteraan Melayu ada nilai boleh diterokai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kasih pada bahasa, Sivaneswarran mahu buktikan Kesusasteraan Melayu ada nilai boleh diterokai (Harian Metro, 11:19)
Read the reporting
1 report
Kasih pada bahasa, Sivaneswarran mahu buktikan Kesusasteraan Melayu ada nilai boleh diterokai
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kecintaan terhadap bahasa Melayu tidak pernah dibatasi bangsa atau keturunan, sebaliknya menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat berbilang kaum menerusi keindahan bahasa, pemikiran dan nilai kemanusiaan.
Prinsip itu menjadi pegangan mahasiswa berbangsa India, G Sivaneswarran, 23, yang memilih Kesusasteraan Melayu sebagai bidang pengajian di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), demi mendalami bahasa kebangsaan yang dicintainya sejak kecil.
Anak kelahiran Melaka itu berkata, minatnya terhadap bahasa Melayu bermula daripada bapanya, M Gunasegaran, yang fasih bertutur dalam bahasa berkenaan.
Menurutnya, bapanya juga menjadi individu penting dalam menyemai kecintaannya terhadap bahasa Melayu.
Katanya, minat itu semakin berkembang apabila dia aktif mendeklamasikan puisi tradisional seperti syair, gurindam dan pantun sejak sekolah rendah sekali gus mendorongnya meneroka dunia bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan lebih mendalam.
"Bagi saya, kecintaan terhadap bahasa tidak dibatasi oleh bangsa atau keturunan. Walaupun saya berbangsa India, saya percaya bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan milik bersama yang perlu kita pelihara dan martabatkan sebagai rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Di sebalik keyakinannya memilih bidang berkenaan, Sivaneswarran mengakui ada kenalan yang mempersoalkan keputusannya kerana beranggapan peluang pekerjaan dalam bidang Kesusasteraan Melayu agak terhad.
"Persoalan mengenai masa depan kerjaya itu tidak mematahkan semangat kerana saya percaya kejayaan seseorang bukan semata-mata ditentukan oleh bidang pengajian, sebaliknya turut bergantung pada usaha, kesungguhan dan kebijaksanaan memanfaatkan ilmu.
"Saya memilih bidang ini kerana minat dan keyakinan sendiri. Saya mahu membuktikan bahawa Kesusasteraan Melayu juga mempunyai nilai serta peluang yang boleh diterokai untuk membina masa depan," katanya.
Menurutnya, sokongan keluarga yang memberikan kebebasan kepadanya menentukan hala tuju pendidikan turut menjadi kekuatan untuk dia terus berpegang pada pilihan berkenaan.
Kini, Sivaneswarran sedang menjalani latihan industri di Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang membuka ruang kepadanya untuk mengenali dunia penyelidikan serta pendokumentasian perkembangan sastera Melayu.
"Antara pengalaman paling bermakna sepanjang berada di institusi ini ialah apabila saya diberi peluang membantu penyediaan Indeks Peristiwa Sastera 2026 yang memberikan pendedahan mengenai kepentingan merekod dan memelihara sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu.
"Pengalaman itu bukan sahaja memperluas pengetahuan, malah menyemarakkan keinginan untuk terus meneroka bidang penyelidikan sastera yang saya lihat masih mempunyai banyak perkara untuk dipelajari," katanya.
Lebih membanggakan, katanya, latihan industri berkenaan turut mendorongnya menghasilkan cerpen sendiri yang bakal disiarkan dalam majalah Tunas Cipta.
Sivaneswarran berkata, peluang itu menjadi satu pencapaian bermakna kerana dia bukan sahaja mempelajari sastera melalui penyelidikan, malah berpeluang menyumbang menerusi penulisan kreatif.
"Pengalaman ini menguatkan lagi minat dan tekad saya untuk terus meneroka dunia kesusasteraan Melayu," katanya.
Mengulas perancangannya selepas tamat pengajian, Sivaneswarran berharap berpeluang kembali berkhidmat di DBP khususnya dalam bidang penyelidikan sastera selain memperluas pengetahuan dan pengalaman bagi menyumbang kepada usaha mendokumentasikan serta memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Pada masa sama, dia mahu menggunakan ilmu yang dimiliki untuk mendekatkan generasi muda khususnya mereka yang kurang terdedah kepada kesusasteraan Melayu dengan bahasa dan sastera kebangsaan.
"Sastera mempunyai kekuatan untuk menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat berbilang kaum kerana karya yang dihasilkan sarat dengan nilai kemanusiaan, persefahaman dan pengalaman hidup boleh dikongsi bersama.
"Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada usaha memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu serta membuktikan bahawa kecintaan terhadap bahasa ini mampu melangkaui perbezaan bangsa.
"Bagi saya, memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu bukan tanggungjawab satu kaum sahaja, tetapi tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.