Malaysian Attention Engine
Live wire
55RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi50King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period46Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45“Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan45General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry432 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00043Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am40Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kaut untung sehingga RM5,000, ‘jual’ pekerja asing kepada majikan lain

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:27 MYTLatest activity 9 Oct, 12:27BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Sindiket penyalahgunaan kuota pekerja asing dipercayai mampu mengaut keuntungan antara RM3,800 hingga RM5,000 bagi setiap pekerja menerusi kegiatan membekalkan warga asing kepada syarikat lain. (Kosmo!, 12:27)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Kaut untung sehingga RM5,000, ‘jual’ pekerja asing kepada majikan lain

By KOSMO! · 9 Oct, 12:27 MYT

PETALING JAYA – Sindiket penyalahgunaan kuota pekerja asing dipercayai mampu mengaut keuntungan antara RM3,800 hingga RM5,000 bagi setiap pekerja menerusi kegiatan membekalkan warga asing kepada syarikat lain.

Kegiatan menggunakan modus operandi majikan ‘A to B’ itu terbongkar selepas Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah premis perniagaan di Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang, semalam.

Dalam operasi khas bermula pukul 7.30 pagi itu, seramai 20 individu berusia antara 23 hingga 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki pemilik dan pengurus perniagaan, enam pekerja wanita tempatan serta 12 pelanggan warga asing.

Pelanggan yang ditahan melibatkan sembilan lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita warga Indonesia.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai mendapatkan kelulusan kuota pekerja asing menggunakan maklumat syarikat yang tidak sepadan dengan profil sebenar.

Menerusi modus operandi berkenaan katanya syarikat atau majikan A mendapatkan kelulusan kuota sebelum membawa masuk pekerja asing menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara.

“Bagaimanapun, pekerja terbabit tidak bekerja dengan syarikat yang memohon kuota sebaliknya dibekalkan kepada syarikat lain atau majikan B untuk mendapatkan keuntungan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati warga asing yang dibawa masuk itu bekerja di syarikat lain dan bukannya dengan syarikat pemohon kuota seperti ditetapkan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari, ini.

Dalam serbuan sama kata Zakaria, pihak berkuasa turut menyita 265 pasport warga Bangladesh, 63 pasport warga Indonesia, 12 pasport warga Pakistan dan sebuah pasport warga India.

“Wang tunai berjumlah RM6,700 yang dipercayai hasil bayaran pelanggan turut dirampas untuk membantu siasatan.

“Siasatan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mengesan kemungkinan berlakunya pengelakan cukai apabila syarikat terbabit dipercayai mengisytiharkan keuntungan jauh lebih rendah berbanding rekod kewangan sebenar.

“Pemilik perniagaan itu juga didapati gagal melaporkan pendapatan peribadi bagi tahun taksiran 2020 hingga 2023,”ujarnya.

Beliau berkata, pemilik, pengurus perniagaan dan pekerja tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Selain itu katanya, 12 pelanggan warga asing turut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Pemilik syarikat turut disiasat LHDN mengikut Seksyen 112(3) dan Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 berhubung kegagalan melaporkan pendapatan serta pelaporan pendapatan tidak tepat,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

The post Kaut untung sehingga RM5,000, ‘jual’ pekerja asing kepada majikan lain appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:0014:00
Latest 14:56 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 12:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    12:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.