
KDN tidak ‘langgar’ perlembagaan negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sekali lagi mempertahankan keputusan memberikan kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang kini sedang digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). (Kosmo!, 09:00)
Read the reporting
1 report
KDN tidak ‘langgar’ perlembagaan negara
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sekali lagi mempertahankan keputusan memberikan kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang kini sedang digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, segala proses pemberian warganegara oleh KDN dibuat mengikut undang-undang dan perlembagaan negara ini.
“Mereka memohon untuk menjadi warganegara, itu satu. Itu di bawah Perlembagaan Persekutuan, di bawah Kementerian Dalam Negeri. Dia ada Perlembagaan, dia ada akta, kalau keputusan dibuat mengikut Perlembagaan negara dan mengikut Akta, kalau betul kata betul, kalau salah kata salah.
“Bahagian kedua adalah kelayakan pemain itu untuk menjadi pemain Malaysia, dia kena daftar dengan FIFA. Itu ikut FIFA’s Charter, piagam atau undang-undang FIFA. Itu bukan di bawah KDN, itu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Boleh atau tidak warga asing sepenuhnya memohon menjadi warganegara Malaysia? Mengikut Perlembagaan Persekutuan, boleh, bukan Saifuddin yang kata boleh.
“Kalau Perlembagaan Persekutuan kata boleh, Saifuddin sebagai Menteri buat mengikut Perlembagaan Persekutuan, benda itu jangan dikatakan salah,” katanya yang dipetik menerusi Townhall Madani Bersama Menteri Dalam Negeri.
Isu pemain warisan mencetuskan topik hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan kumpulan Ultras Malaya juga cukup konsisten membangkitkan hal ini.
Sebagai rekod, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan kepada tujuh pemain warisan, Facundo Tomas Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
CAS mengesahkan rayuan yang dikemukakan secara bersama oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditolak dan keputusan FIFA untuk mendenda CHF 350,000 kepada FAM kekal.
The post KDN tidak ‘langgar’ perlembagaan negara appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.