Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kegiatan 'solo' jurulatih renang edar dadah terbongkar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 21:30 MYTLatest activity 15 Oct, 21:30BMconfidence 60%

What happened

Kegiatan 'solo' jurulatih renang edar dadah terbongkar (Harian Metro, 21:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Kegiatan 'solo' jurulatih renang edar dadah terbongkar

By Meor Riduwan Meor Ahmad · 15 Oct, 21:30 MYT

am@hmetro.com.my

Jasin: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah bernilai RM6.8 juta membabitkan seorang jurulatih renang yang bergerak 'solo' di Plaza Tol Lipat Kajang, di sini, semalam.

Suspek lelaki, 27, ditahan 11.30 pagi ketika memandu dalam keadaan mencurigakan menerusi sekatan jalan raya (SJR) oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pemeriksaan ke atas kereta dipandu suspek dari Johor itu membawa kepada penemuan dadah jenis ketamin seberat 3.70 gram dan MDMA seberat 27.50 kilogram (kg) yang disorok dalam peket minuman kotak.

"Hasil siasatan lanjut membawa kepada serbuan susulan di sebuah kondominium di Crescent Bay Suites, Johor Bahru pada 4.50 pagi tadi yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dan makmal pembungkusan.

"Pemeriksaan di kediaman itu membongkar rampasan pelbagai jenis dadah merangkumi MDMA seberat 17.8 kg, ketamin cecair dan paket (29 gram), pil Erimin 5 (21.60 gram), serta pil ekstasi (32.2 gram)," katanya pada sidang media di IPD Jasin, hari ini.

Lee berkata, modus operandi suspek yang berasal dari Johor itu adalah membungkus sendiri dadah terbabit dalam peket jus minuman sebelum mengedarkan ke pusat-pusat hiburan pada harga RM300 hingga RM600 sepeket.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan dianggarkan berjumlah RM6.808 juta. Polis turut menyita pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti pembungkusan dadah berkenaan," katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin dan dipercayai mula aktif dalam kegiatan berkenaan sejak awal tahun ini.

"Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 21 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

"Usaha mengesan sisa rangkaian pengedaran dan sumber bekalan dadah berkenaan masih giat dijalankan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow22:00
Latest 22:29 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 21:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.