
Keistimewaan syafaat bagi umat Islam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Apabila selesai proses pengadilan ke atas seluruh manusia sehingga semua ahli syurga masuk ke dalam syurga dan semua ahli neraka masuk ke dalam neraka, Allah SWT pun mengizinkan kepada hamba-Nya yang soleh untuk memberikan syafaat. Syafaat ialah pertolongan yang diberikan kepada orang lain untuk mencapai sesuatu manfaat atau terlepas daripada sesuatu mudarat. Justeru melalui syafaat, seseorang itu boleh diangkat darjatnya, diampunkan dosanya atau dilepaskan daripada hukuman yang diterima. Antara mereka yang dapat memberi syafaat pada hari kiamatdengan izin Allah SWT ialah para anbia, malaikat (Harian Metro, 06:04)
Read the reporting
1 report
Keistimewaan syafaat bagi umat Islam
Apabila selesai proses pengadilan ke atas seluruh manusia sehingga semua ahli syurga masuk ke dalam syurga dan semua ahli neraka masuk ke dalam neraka, Allah SWT pun mengizinkan kepada hamba-Nya yang soleh untuk memberikan syafaat. Syafaat ialah pertolongan yang diberikan kepada orang lain untuk mencapai sesuatu manfaat atau terlepas daripada sesuatu mudarat. Justeru melalui syafaat, seseorang itu boleh diangkat darjatnya, diampunkan dosanya atau dilepaskan daripada hukuman yang diterima. Antara mereka yang dapat memberi syafaat pada hari kiamatdengan izin Allah SWT ialah para anbia, malaikat dan orang Mukmin.
Baginda Nabi SAW orang pertama yang akan dapat memberi syafaat dan diterima syafaatnya. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat. Juga orang pertama yang akan dibangkitkan daripada kubur, orang pertama yang akan memberi syafaat dan orang pertama yang diterima syafaatnya." (Riwayat Muslim)
Mengenai syafaat malaikat, Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Sehingga apabila Allah selesai melakukan penghakiman di antara hamba-Nya dan Dia berkehendak mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada api neraka, iaitu daripada kalangan orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah maka Allah pun memerintahkan para malaikat untuk mengeluarkan mereka. Para malaikat akan dapat mengenali mereka melalui tanda kesan sujud. Dan Allah mengharamkan api neraka daripada membakar kesan sujud yang ada pada anak Adam. Maka, mereka pun dikeluarkan dalam keadaan telah hangus terbakar, lalu dituangkan ke atas mereka sejenis air yang dipanggil ma'ul hayah (air kehidupan). Lalu, mereka pun hidup semula sepertimana tumbuhnya biji benih di dalam sisa banjir". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengenai syafaat orang Mukmin pula, Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sehingga apabila orang Mukmin telah terselamat daripada api neraka maka demi Tuhan yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, tiada seorang pun di antara kamu sekalian yang lebih gigih merayu kepada Allah demi menuntut hak buat saudara kamu berbanding rayuan orang beriman kepada Allah pada hari kiamat kelak untuk saudara mereka yang berada di dalam neraka. Mereka merayu: 'Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa, bersolat, dan mengerjakan haji bersama kami!' Maka, dikatakan kepada mereka: 'Keluarkanlah sesiapa yang kamu kenali'. Lantas, rupa tubuh mereka pun diharamkan daripada disentuh api neraka. Lalu, mereka mengeluarkan ramai manusia yang telah dibakar api neraka sehingga separuh betisnya atau sehingga lututnya. Kemudian mereka (orang beriman) berkata: 'Wahai Tuhan kami, tidak tinggal lagi seorang pun di dalam neraka daripada orang yang Engkau perintahkan kami (untuk mengeluarkannya)'. Lalu, Allah berfirman: 'Kembalilah kamu. Sesiapa yang kamu dapati dalam hatinya ada kebaikan (iman) seberat satu dinar maka keluarkanlah dia'. Lalu mereka pun mengeluarkan ramai manusia. Kemudian mereka berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan di dalamnya seorang pun daripada orang yang Engkau perintahkan tadi'. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Kembalilah kamu. Sesiapa yang kamu dapati dalam hatinya ada kebaikan seberat setengah dinar, keluarkanlah dia'. Lalu mereka pun mengeluarkan ramai manusia. Kemudian mereka berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan di dalamnya seorang pun daripada orang yang Engkau perintahkan'. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Kembalilah kamu. Sesiapa yang kamu dapati dalam hatinya ada kebaikan seberat zarah (debu), keluarkanlah dia'. Lalu mereka pun mengeluarkan ramai manusia. Kemudian mereka berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan sebarang kebaikan lagi di dalamnya'. Abu Said al-Khudri berkata: 'Jika kamu tidak mempercayaiku dengan hadis ini maka bacalah jika kamu mahu (firman Allah SWT): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya Dia akan menggandakannya dan akan memberikan daripada sisi-Nya pahala yang amat besar." (Surah an-Nisa: 40) dan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Terdapat cukup banyak hadis yang diriwayatkan mengenai syafaat sehingga mencapai darjat mutawatir. Kedudukan hadis seperti ini semestinya wajib kita terima dan tidak boleh diingkari. Justeru, umat Islam wajib meyakini adanya syafaat ini dan ia adalah benar sebagaimana yang ditegaskan oleh ulama Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ). Adapun golongan Khawarij dan Muktazilah, mereka menolak adanya syafaat sebegini. Maka, sudah tentu pegangan mereka itu menyimpang dan menyeleweng daripada pegangan sebenar ASWJ.
Penulis Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Selangor
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.