Malaysian Attention Engine
Live wire
45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq42FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif40Pegawai kerajaan maut ditikam suami39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35Woman brushing teeth behind wheel flashes middle finger before kicking auxiliary cop in groin at Glo Damansara35Amir Masdi idam konsert berskala besar
NewConfirmedupdated 3 h ago

Kelab Media Prima santuni 2 pegawai bomba Sabah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 08:23 MYTLatest activity 16 Oct, 08:23BMconfidence 80%

What happened

KOTA KINABALU: Kelab Media Prima (MPC) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyantuni dua pegawai bomba Sabah yang berdepan masalah kesihatan bagi membantu meringankan beban mereka. (Berita Harian, 08:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Kelab Media Prima santuni 2 pegawai bomba Sabah

By Ercy Gracella Ajos · 16 Oct, 08:23 MYT

KOTA KINABALU: Kelab Media Prima (MPC) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyantuni dua pegawai bomba Sabah yang berdepan masalah kesihatan bagi membantu meringankan beban mereka.

Program ziarah itu diadakan sempena penganjuran Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti, anjuran MPC dengan kerjasama Agrobank.

Antara penerima sumbangan ialah Dahlan Saharom, 40, yang menghidap hemotoraks, iaitu keadaan apabila darah terkumpul di dalam ruang antara paru-paru dan dinding dada.

Dahlan pernah menjadi antara anggota pasukan penyelamat awal yang dihantar ke lokasi kejadian gempa bumi di Sabah pada 2015.

Sumbangan diserahkan kepada isterinya, Syazwani Haimin, 35, oleh Pengarang Berita Harian Metro (HM), Mohd Jamilul Anbia.

Turut hadir pada program ziarah berkenaan ialah wakil MPC, Fazli Ahmad; Ketua Zon 3 Kudat, Hafidzrul Junaidi; Ketua Balai Bomba Ranau, Rantey Fred dan Pegawai Operasi JBPM Sabah, Rustam Keladi.

Sementara itu, seorang lagi pegawai bomba, Abdul Zaid Quddus Abdul Salam, yang mengalami strok turut menerima sumbangan menerusi program ziarah sama.

Pengarang Berita Berita Harian (BH), Nazura Ngah, menyampaikan sumbangan berkenaan kepada adik Abdul Zaid, Sharifah Abdul Salam, semalam.

Seramai 26 peserta MPC termasuk wakil BH, HM, New Straits Times (NST) dan TV3, serta tujuh kakitangan Agrobank, menyertai ekspedisi Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti dengan kerjasama Kelab Agrobank.

Ekspedisi itu bertujuan menawan puncak Gunung Kinabalu, dengan perjalanan bermula dari Timpohon Gate menuju ke Panalaban sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi, hari ini.

Program turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Kolaborasi antara MPC dan Kelab Agrobank itu bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan kedua organisasi menyertai aktiviti lasak, malah menguji ketahanan fizikal serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow09:0010:0011:00
Latest 11:23 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 08:23 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Kelab Media Prima santuni 2 pegawai bomba Sabah
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.