
Keluarga Gen Z pertimbang kerjaya, kos bukan antianak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ADA dilema melanda sebahagian besar Generasi Z (Gen Z) yang berumah tangga hari ini, sama ada memiliki anak pada awal perkahwinan atau menstabilkan kehidupan sebelum memiliki zuriat. (Berita Harian, 16:29)
Read the reporting
1 report
Keluarga Gen Z pertimbang kerjaya, kos bukan antianak
ADA dilema melanda sebahagian besar Generasi Z (Gen Z) yang berumah tangga hari ini, sama ada memiliki anak pada awal perkahwinan atau menstabilkan kehidupan sebelum memiliki zuriat.
Apa yang Gen Z bimbangkan ini membabitkan pertimbangan lebih kompleks, termasuk kestabilan kewangan, kerjaya, kesejahteraan mental dan gaya hidup.
Pada era digital, media sosial memainkan peranan besar membentuk cara golongan muda melihat perkahwinan, keibubapaan dan masa depan mereka.
Kajian mengenai Pengaruh Media Sosial Terhadap Akal Budi Gen Z Dalam Perancangan Keluarga mendapati majoriti responden lelaki dan perempuan menggunakan media sosial melebihi tiga jam sehari untuk tujuan hiburan dan santai.
Responden perempuan didapati lebih cenderung menggunakan media sosial melebihi lima jam sehari berbanding lelaki.
Dapatan ini menunjukkan media sosial bukan lagi sekadar platform hiburan tetapi menjadi ruang utama pembentukan persepsi, nilai dan pandangan hidup generasi muda.
Hari ini, algoritma media sosial membanjiri pengguna dengan pelbagai bentuk kandungan berkaitan kehidupan berkeluarga. Ada memaparkan kebahagiaan pasangan muda membesarkan anak-anak, ada mengetengahkan tekanan kewangan, cabaran penjagaan anak dan beban emosi sebagai ibu bapa.
Secara tidak langsung, kandungan ini membentuk kerangka pemikiran pengguna sama ada mereka bersedia atau tidak membina keluarga.
Fenomena ini boleh dilihat dengan jelas melalui trend global seperti gerakan childfree semakin mendapat perhatian di platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube.
Golongan ini memilih untuk tidak mempunyai anak atas pelbagai faktor termasuk kebebasan hidup, kestabilan kewangan dan kesihatan mental.
Walaupun trend ini belum menjadi arus perdana di Malaysia, perbincangannya semakin meluas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan. Adakah ini bermakna Gen Z menolak institusi keluarga?
Semakin berhati-hati buat keputusan
Satu lagi dapatan menarik adalah terdapat lebih ramai responden perempuan menyatakan mereka tidak merancang mempunyai anak berbanding responden lelaki.
Walaupun bilangannya masih kecil, trend ini memberi gambaran wanita muda hari ini semakin berhati-hati membuat keputusan berkaitan keibubapaan. Keputusan ini tidak semestinya berpunca daripada penolakan terhadap keluarga. Sebaliknya, ia mungkin berkait rapat dengan kebimbangan terhadap kos membesarkan anak, tekanan mengimbangi kerjaya dan keluarga, serta cabaran kesihatan mental.
Bagaimanapun, tidak adil melabel Gen Z generasi mementingkan diri atau takut kepada komitmen. Kajian ini mendapati majoriti responden menggunakan gabungan pertimbangan logik dan emosi dalam membuat keputusan berkaitan anak dan keluarga.
Ini menunjukkan akal budi Gen Z masih berfungsi secara seimbang. Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan emosi atau pengaruh media sosial, tetapi mempertimbangkan faktor praktikal boleh mempengaruhi kualiti hidup keluarga pada masa hadapan.
Akhirnya, persoalan perlu ditanya bukan sama ada Gen Z mahu mempunyai anak atau tidak. Persoalan lebih penting adalah sama ada masyarakat, institusi dan dasar negara mampu menyediakan persekitaran meyainkan [meyakinkan] generasi muda membina keluarga.
Jika kos sara hidup terus meningkat, akses kepada perumahan semakin sukar dan sokongan kepada ibu bapa muda kekal terhad, maka keputusan untuk menangguhkan keibubapaan akan terus menjadi pilihan rasional. Gen Z bukan antianak atau menolak konsep keluarga. Mereka sedang mengira kos kehidupan dalam dunia jauh lebih mencabar berbanding generasi sebelumnya.
Pada era media sosial, akal budi mereka tidak hilang sebaliknya sedang menyesuaikan diri dengan realiti baharu dibentuk algoritma, ekonomi dan perubahan sosial di sekeliling mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.