Malaysian Attention Engine
Live wire
57Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu53Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00053General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am50Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari46Meta bans TikTok from advertising on its apps, Bloomberg News reports44Business : SSM Extends Compound Reduction Period Until Dec 3143Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok43Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Two detained, RM3.3 mln drugs seized39Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh38Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat35Three Pontian siblings killed in motorcycle‑lorry crash after insisting on school despite haze closure
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kemiskinan pelbagai dimensi lebih tinggi di luar bandar berbanding bandar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:15 MYTLatest activity 9 Oct, 09:15BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kadar ketersisihan daripada aspek pelbagai dimensi di luar bandar lebih tinggi berbanding di bandar, namun ada penambahbaikan pada 2022. (Berita Harian, 09:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kemiskinan pelbagai dimensi lebih tinggi di luar bandar berbanding bandar

By Muhammad Yusri Muzamir · 9 Oct, 09:15 MYT

KUALA LUMPUR: Kadar ketersisihan daripada aspek pelbagai dimensi di luar bandar lebih tinggi berbanding di bandar, namun ada penambahbaikan pada 2022.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata ini berdasarkan nilai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi peringkat nasional, mengikut Laporan Kemiskinan Pelbagai Dimensi Malaysia 2024.

Beliau berkata, bagi nilai Kemiskinan Pelbagai Dimensi mengikut negeri, Sarawak dan Sabah lebih tinggi berbanding peringkat nasional.

"Dua indikator dalam dimensi kesihatan, iaitu akses kepada bekalan air bersih dan akses kepada perkhidmatan kesihatan, menyumbang 74.84 peratus daripada Kemiskinan Pelbagai Dimensi nasional pada 2024, masing-masing 40.65 peratus dan 34.19 peratus.

"Ini menunjukkan usaha merapatkan jurang Kemiskinan Pelbagai Dimensi di antara bandar dan luar bandar amat bergantung terhadap penambahbaikan akses kepada kedua-dua perkara ini.

"Justeru, tumpuan akan terus diberi untuk mempertingkat penyediaan infrastruktur, mengoptimum potensi ekonomi, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial, pendidikan berkualiti, kesihatan dan kemudahan asas," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Riduan Rubin (BEBAS-Tenom) mengenai langkah merapatkan jurang Kemiskinan Pelbagai Dimensi di antara bandar dan luar bandar, terutama dalam menangani ketersisihan akses bekalan air bersih dan perkhidmatan kesihatan berkualiti di wilayah berkemiskinan tinggi.

Akmal Nasrullah berkata, bagi meningkatkan akses kepada kemudahan asas termasuk bekalan air bersih, penyediaan infrastruktur asas luar bandar akan diperkasa di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melalui pembangunan pelan induk dan pemetaan prasarana menyeluruh.

Beliau berkata, inisiatif itu akan berfungsi sebagai rujukan strategik Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan perancangan rangkaian jalan raya, bekalan air serta elektrik luar bandar, dilaksanakan secara lebih sistematik, berintegrasi dan mampan.

Usaha itu, katanya, disokong melalui penambahbaikan infrastruktur dengan sasaran membina 2,800 kilometer (km) jalan luar bandar di seluruh negara dengan 70 peratus daripadanya untuk enam negeri kurang membangun, termasuk Sabah.

"Kerajaan juga maklum mengenai cabaran ketersediaan bekalan air bersih di kawasan pedalaman seperti Parlimen Tenom, selain projek Bekalan Air Luar Bandar terus dilaksanakan di bawah RMK13 bagi meningkatkan liputan bekalan air bersih dan selamat kepada penduduk luar bandar.

"Khusus untuk Parlimen Tenom, dua projek Bekalan Air Luar Bandar sudah diluluskan, iaitu pembinaan Loji Rawatan Air Melalap berkapasiti tiga juta liter sehari dan Loji Rawatan Air Kemabong berkapasiti lima juta liter sehari," katanya.

Mengenai aspek perkhidmatan kesihatan berkualiti, Akmal Nasir berkata, kerajaan komited memperkasa penjagaan kesihatan primer dan luar bandar, terutama menambah peralatan, fasiliti dan penempatan pakar di klinik daerah serta pedalaman.

"Berdasarkan senarai projek pembangunan Sabah di bawah Rolling Plan Pertama 2026, RMK13, sebanyak 18 projek kesihatan dikenal pasti dengan jumlah kos pembangunan dipinda sebanyak RM646.2 juta.

"Kerajaan yakin pelaksanaan strategi RMK13 secara terancang ini akan dapat merapatkan jurang kemiskinan pelbagai dimensi di antara kawasan bandar dengan luar bandar, terutama dalam aspek akses kepada bekalan air bersih dan perkhidmatan kesihatan berkualiti di wilayah dengan kadar kemiskinan tinggi," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:00
Latest 11:32 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 09:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.