Malaysian Attention Engine
Live wire
52SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG50General : MACC Freezes Assets Worth RM1.27 Billion Since 2022 – Kulasegaran46General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled45Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish44Body of man found in drain at Sama Gagah Market43Dua individu termasuk pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes rasuah RM15,00041Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari40Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok39Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kenderaan tersadai berisiko jadi jerat maut: PPKJR

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 16:17 MYTLatest activity 13 Oct, 16:17BMconfidence 60%

What happened

Kenderaan tersadai berisiko jadi jerat maut: PPKJR (Harian Metro, 16:17)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Kenderaan tersadai berisiko jadi jerat maut: PPKJR

By Suharmin Yusuf · 13 Oct, 16:17 MYT

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kenderaan yang dibiarkan tersadai terlalu lama bukan sekadar mencacatkan pemandangan, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya dan perlu segera dikenal pasti risikonya sebelum berlaku kemalangan.

Pengasas dan Penasihat Keselamatan Pengguna Jalan Raya (PPKJR), Jamil Manan Supri berkata, kenderaan yang rosak, tersadai atau ditinggalkan terlalu lama di bahu jalan dan kawasan berhampiran laluan trafik perlu dianggap sebagai bahaya kepada pengguna jalan raya.

Katanya, tindakan terhadap kenderaan terbabit perlu dibuat berdasarkan tahap risiko dan bukan hanya melihat tempoh ia sudah ditinggalkan di sesuatu lokasi.

"Jangan ukur risiko berdasarkan masa sahaja. Ukur berdasarkan bahaya yang sedang terdedah kepada pengguna jalan raya.

"Kenderaan yang dibiarkan terlalu lama boleh menjadi bahaya fizikal apabila berada terlalu hampir dengan laluan trafik, mengambil sebahagian ruang jalan atau menyebabkan pengguna lain terpaksa membuat perubahan arah secara mengejut," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, data daripada laporan kenderaan tersadai juga penting untuk membantu pihak berkuasa mengenal pasti pola berulang serta lokasi yang memerlukan tindakan tambahan.

Katanya, setiap laporan boleh direkodkan dengan maklumat seperti lokasi, masa laporan, keadaan pencahayaan, jarak penglihatan, kelajuan trafik, keadaan cuaca, jenis jalan, tahap risiko, masa respons dan masa kenderaan dialihkan.

"Maklumat berkenaan boleh membantu pihak berkuasa menentukan kes yang memerlukan tindakan segera selain mengenal pasti lokasi yang berulang kali berdepan masalah sama," katanya.

Mengulas berkaitan langkah keselamatan, Jamil berkata, langkah pertama adalah mengenal pasti lokasi kenderaan terbabit dan menilai tahap risikonya sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, kenderaan yang berada berhampiran selekoh tajam, persimpangan, puncak bukit, laluan sempit, kawasan laluan bercantum (merge) atau lokasi dengan jarak penglihatan terhad perlu diberi perhatian lebih tinggi.

"Kenderaan yang sama boleh mempunyai tahap risiko yang berbeza bergantung kepada di mana ia tersadai," katanya.

Beliau berkata, selepas risiko dikenal pasti, tanda amaran dan perlindungan sementara perlu disediakan sekiranya kenderaan terbabit boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Menurutnya, kenderaan berkenaan kemudian perlu dialihkan berdasarkan tahap risiko dan bukan semata-mata mengikut giliran aduan.

"Bukan soal 24 jam atau 48 jam semata-mata. Persoalannya, adalah berapa lama pengguna terdedah kepada risiko bahaya yang tidak dikawal," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pemilik kenderaan tidak sepatutnya membiarkan kenderaan yang rosak atau tidak digunakan terus berada di bahu jalan untuk tempoh lama tanpa mengambil Tindakan kerana ia boleh mengundang risiko bahaya kepada pengguna lain.

"Pihak berkuasa perlu memastikan laporan kenderaan yang dibiarkan terlalu lama dapat diterima dengan cepat, lokasi disahkan, tahap risiko dinilai dan tindakan diambil berdasarkan keutamaan keselamatan," katanya.

Hari ini muka depan Harian Metro melaporkan, deretan kereta buruk dibiarkan berbulan-bulan, malah bertahun di tepi jalan dan kawasan perumahan bukan hanya mencacatkan pemandangan sebaliknya menjadi masalah berpanjangan kepada penduduk serta menuntut tindakan tegas pihak berkuasa tempatan (PBT).

Di sebalik kenderaan ditinggalkan tanpa pengawasan itu, tiga PBT di Lembah Klang merekodkan keseluruhan 27,117 kenderaan tersadai berdasarkan rekod bagi tempoh berbeza sejak 2021 hingga Ogos tahun ini.

Jumlah itu membabitkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 12,290 kenderaan, diikuti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 11,001 aduan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebanyak 3,826 kenderaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:00
Latest 18:26 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 16:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kenderaan tersadai berisiko jadi jerat maut: PPKJR · Malaysian Attention Engine