
Kental 'kakak bomba' kendali motosikal berkuasa tinggi unit khas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kental 'kakak bomba' kendali motosikal berkuasa tinggi unit khas (Harian Metro, 06:22)
Read the reporting
1 report
Kental 'kakak bomba' kendali motosikal berkuasa tinggi unit khas
mhafis@mediaprima.com.my
PERNAH menangis dan terlintas mahu pulang ketika menjalani latihan kerana tidak tahan kepenatan, namun kata-kata ibunya supaya tidak pulang kerana sudah membuat kenduri untuk meraikan kejayaannya menjadi pembakar semangat buat pegawai bomba wanita ini.
Kini, selepas 14 tahun berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan, Nor Izni Zohid @ Mohd Dzohar, 33, bukan sahaja kekal dalam kerjaya itu, malah menjadi antara hanya dua anggota wanita yang mengendalikan motosikal berkuasa tinggi dalam Rapid Intervention Motorcycle (RIM) di Malaysia.
Ibu kepada dua anak perempuan itu berkata, pada awalnya dia sendiri tidak menyangka akan terus bertahan dalam kerjaya berkenaan kerana pengalaman ketika menjalani latihan pada 2013 cukup mencabar.
"Ketika latihan memang rasa nak balik. apabila dapat outing (keluar) saya beritahu mak, rasa nak balik sebab penat.
"Barang berat kena angkat, badan pula kecil ketika itu. Kena kawad operasi, angkat tangga dan macam-macam lagi.
"Tetapi mak cakap, 'Along kalau balik, Along malu,' kerana sebelum saya pergi latihan, mak sudah buat kenduri dan beritahu orang kampung saya akan masuk bomba," katanya yang bertugas di Balai Bomba Penyelamat (BBP) Shah Alam, Selangor.
Nur Izni mengakui kata-kata ibunya membuatkan dia mengetepikan hasrat untuk pulang dan memilih meneruskan latihan walaupun terpaksa melalui detik sukar.
"Jadi saya fikir, nak balik malu pula. Tak apalah, teruskan walaupun menangis -nangis.
"Apabila sudah habis latihan, mula bekerja di balai bomba tiba-tiba rasa seronok dan lama kelamaan kita sudah berjiwa dengan bomba," katanya.
Anak kelahiran Kedah itu berkata, dia juga tidak pernah terbabit dalam aktiviti kadet bomba ketika di sekolah dan tidak pernah merancang untuk memilih kerjaya berkenaan sejak kecil.
Sebaliknya, peluang menyertai JBPM hadir ketika dia sedang menyambung pengajian sebelum menerima surat panggilan untuk melapor diri pada 2013.
"Sejujurnya ketika sekolah saya tidak pernah pun membabitkan diri dengan bomba. Mungkin rezeki Allah sudah aturkan dengan cantik.
"Selepas tamat latihan dan ditempatkan di Selangor, saya mula tertarik untuk menyertai unit RIM selepas mengetahui anggota wanita juga boleh mengendalikan motosikal berkuasa tinggi itu," katanya.
Katanya, ketika itu dia bertanya kepada pegawai sama ada anggota wanita dibenarkan membawa motosikal RIM sebelum diminta mendapatkan lesen.
"Pegawai kata boleh, tetapi kena tengok mampu atau tidak membawa motosikal itu kerana ia berat dan ditambah dengan peralatan," katanya.
"Selepas ambil lesen, mengikuti kursus dan ditauliahkan, barulah saya bawa motosikal itu keluar dari kawasan balai," katanya.
Sejak 2014, dia terus berkhidmat dalam unit berkenaan dan mengakui cabaran utama ketika menunggang motosikal RIM adalah berdepan kesesakan lalu lintas.
Menurutnya, anggota perlu mempunyai keberanian, namun tidak boleh terlalu berani kerana motosikal berkenaan berat dan memerlukan kawalan serta keseimbangan yang baik.
"Kita berani tetapi kita juga takut. Bukan apa, takut terkena kereta orang. Saya pernah hampir terjatuh ketika membawa motosikal apabila kereta tidak mahu memberi laluan. Saya sudah cuba hon, tetapi apabila motosikal tinggi dan berat, keseimbangan boleh terganggu.
"Nasib baik pemandu kereta itu nampak motosikal seperti hendak jatuh lalu bergerak ke tepi dan saya dapat meneruskan perjalanan," katanya.
Biarpun berdepan cabaran di jalan raya, Nur Izni berkata, peranan anggota RIM penting sebagai 'first responder,' terutama bagi membantu membuka laluan kepada jentera bomba.
"Kalau jalan sesak, kita akan buka jalan dan buat sekatan di simpang supaya jentera boleh lalu dengan lancar.
"Apabila sampai di lokasi, jika jentera terkandas, kita boleh mula melakukan pemadaman atau penyelamatan," katanya.
Beliau berkata, unit RIM mempunyai motosikal dengan tiga fungsi berbeza iaitu 'Fire dan Rescue' serta perubatan yang membolehkan anggota menjalankan tugasan tertentu sementara menunggu jentera tiba.
"Kalau kebakaran kecil, kita boleh melakukan pemadaman sementara jentera nak sampai di lokasi," katanya.
Bagi urusan keluarga pula, Nur Izni bertuah kerana suami, Mohamad Zulkifli Mohd Hussain, 34, juga seorang pegawai bomba, sekali gus memahami tuntutan kerjaya mereka.
Katanya, mereka turut mendapat pertimbangan pihak jabatan dalam pengurusan syif bagi memastikan urusan menjaga dua anak dapat diatur.
"Sepanjang 14 tahun berkhidmat, saya tidak pernah berdepan pandangan negatif masyarakat hanya kerana memilih kerjaya yang majoritinya disertai lelaki.
"Apabila mereka nampak bomba ada perempuan, mereka terkejut dan seronok. Ada yang minta bergambar sebab jarang lihat bomba wanita," katanya.
Berkongsi pengalaman bekerja bersama anggota lelaki, beliau menyifatkan rakan setugas sebagai sebuah keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.
"Walaupun kita buat kerja macam lelaki, apabila abang-abang atau adik-adik nampak kita buat kerja berat, mereka akan kata, 'Tak apa kak, nanti saya buat.'
"Tetapi kita fikir, gaji sama, jadi selagi kita mampu, kita buatlah," katanya.
Beliau turut menitipkan pesanan kepada wanita yang bercita-cita menyertai JBPM supaya tidak mudah mengalah jika pada awalnya berasa tugas itu berat.
"Kalau tidak ada minat tetapi tiba-tiba dapat peluang, masuk dulu dan cuba. Rasa dulu. Lama-kelamaan kita akan selami jiwa bomba.
"Bekerja dikelilingi lelaki sebenarnya seperti satu keluarga. Ada yang seperti abang melindungi adik," katanya.
RIM adalah pasukan tindak balas pantas JBPM yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi bagi mempercepatkan respons ke lokasi kecemasan di mana ia ditubuhkan pada 29 November 2004.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.