
Kepimpinan keusahawanan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Berdasarkan laporan saringan kesihatan psikologi MyPsyD oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seramai 55,169 penjawat awam Malaysia dikategorikan berisikSo tinggi. Angka ini bukan sahaja membangkitkan kebimbangan terhadap kesihatan mental, malah mendorong penilaian semula terhadap beban tugas, tekanan kerja dan amalan pengurusan organisasi. (Harian Metro, 06:04)
Read the reporting
1 report
Kepimpinan keusahawanan
Berdasarkan laporan saringan kesihatan psikologi MyPsyD oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seramai 55,169 penjawat awam Malaysia dikategorikan berisikSo tinggi. Angka ini bukan sahaja membangkitkan kebimbangan terhadap kesihatan mental, malah mendorong penilaian semula terhadap beban tugas, tekanan kerja dan amalan pengurusan organisasi.
Selain sokongan psikologi profesional, organisasi sektor awam perlu menilai cara kerja sedia ada bagi mengurangkan tekanan yang tidak perlu.
Dalam konteks ini, kepimpinan keusahawanan boleh dipertimbangkan sebagai pendekatan pengurusan yang menggalakkan kreativiti, penyelesaian masalah dan penambahbaikan berterusan tanpa mengabaikan kesejahteraan pekerja.
Kepimpinan keusahawanan menggalakkan pemimpin mengenal pasti masalah sebelum menjadi lebih serius. Peningkatan ketidakhadiran, kemerosotan prestasi atau konflik berulang mungkin menunjukkan cabaran di tempat kerja yang memerlukan perhatian.
Daripada terus menganggap keadaan itu sebagai isu disiplin, pengurus perlu meneliti faktor seperti beban kerja berlebihan, ketidakjelasan tanggungjawab dan proses pentadbiran yang tidak cekap. Pendekatan ini membolehkan tindakan bersesuaian diambil lebih awal serta menggalakkan pekerja mendapatkan sokongan tanpa rasa takut atau malu.
Melibatkan penjawat awam dalam penyelesaian masalah
Penjawat awam memahami cabaran operasi kerana berhadapan dengannya setiap hari. Mereka berpotensi mengenal pasti kelemahan prosedur, kelewatan perkhidmatan dan tugasan berulang yang boleh diperbaiki.
Oleh itu, agensi kerajaan wajar menyediakan saluran untuk pekerja mengemukakan dan menguji idea penambahbaikan. Sebagai contoh, pasukan kecil boleh diberikan tempoh tertentu untuk meneliti punca kelewatan aduan awam dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan data serta pengalaman operasi.
Penglibatan ini dapat meningkatkan rasa pemilikan terhadap tugas. Bagaimanapun, tanggungjawab tambahan perlu disertai sumber, masa dan sokongan mencukupi supaya usaha penambahbaikan tidak menambahkan tekanan kerja.
Membina budaya kerja terbuka
Persekitaran kerja sihat memerlukan komunikasi terbuka antara pengurus dengan pekerja. Perbincangan berkala boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah utama, mendapatkan cadangan penyelesaian dan menentukan bentuk sokongan diperlukan.
Namun, komunikasi sahaja tidak mencukupi tanpa tindakan susulan. Pemimpin perlu memastikan kebimbangan pekerja dinilai dan ditangani sewajarnya.
Penggunaan sistem digital juga boleh membantu mengenal pasti masalah operasi berulang.
Bagaimanapun, maklumat berkaitan kesihatan psikologi mesti dikendalikan secara beretika dengan menjaga kerahsiaan dan privasi. Saringan psikologi pula bukan alat untuk melabel pekerja atau menggantikan penilaian profesional.
Inovasi mengurangkan beban kerja
Kepimpinan keusahawanan turut mendorong organisasi menilai semula proses kerja yang tidak lagi memberikan nilai tambah. Tugasan seperti kemasukan data berulang, dokumentasi dan pelaporan boleh diteliti untuk mengenal pasti proses yang sesuai dipermudah atau diautomatikkan.
Langkah ini membolehkan penjawat awam menumpukan perhatian kepada tugas yang memerlukan pertimbangan profesional, penyelesaian masalah dan interaksi dengan rakyat. Inovasi tidak semestinya memerlukan teknologi mahal. Menghapuskan satu prosedur yang tidak diperlukan juga penambahbaikan bermakna.
Persoalannya, adakah cara kerja sedia ada masih kaedah paling berkesan?
Kesejahteraan memerlukan sokongan profesional
Keberkesanan pembaharuan organisasi bergantung pada pemimpin yang mampu mengimbangi sasaran prestasi dengan keperluan pekerja. Mereka perlu mendengar, mengenal pasti masalah lebih awal, menggalakkan idea membina dan mewujudkan hubungan kerja yang saling menyokong.
Namun, kepimpinan keusahawanan bukan penyelesaian tunggal kepada masalah kesihatan mental. Penjawat awam yang memerlukan bantuan mesti mempunyai akses kepada ahli psikologi, kaunselor, pegawai perubatan dan perkhidmatan profesional yang bersesuaian.
Penambahbaikan persekitaran kerja boleh membantu mengurangkan tekanan yang berpunca daripada beban tugas atau proses tidak cekap, tetapi faktor kesihatan mental adalah pelbagai dan tidak semuanya berkaitan pekerjaan.
Melabur dalam kekuatan manusia
Perkhidmatan awam bergantung pada keupayaan penjawat awam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Oleh itu, kesejahteraan mereka berkait rapat keberkesanan organisasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Angka 55,169 penjawat awam berisiko tinggi wajar menjadi isyarat untuk memperkukuh sokongan psikologi dan menilai semula amalan pengurusan di tempat kerja.
Kepimpinan keusahawanan menawarkan pendekatan yang menggalakkan penyelesaian masalah, inovasi dan penglibatan pekerja. Namun, pelaksanaannya perlu berjalan seiring dengan perkhidmatan kesihatan mental profesional serta sistem sokongan yang berkesan.
Pada akhirnya, kekuatan perkhidmatan awam bergantung pada kekuatan manusianya. Pelaburan dalam kesejahteraan penjawat awam bukan sekadar soal kebajikan pekerja, tetapi langkah penting untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat kekal berkualiti, cekap dan responsif.
Penulis Pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.