
Kerajaan lunaskan bayaran balik lebihan cukai RM17.15 bilion setakat 30 September
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17.15 bilion membabitkan 3.23 juta kes pembayar cukai bagi tempoh sehingga 30 September lalu. (Berita Harian, 21:54)
Read the reporting
1 report
Kerajaan lunaskan bayaran balik lebihan cukai RM17.15 bilion setakat 30 September
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17.15 bilion membabitkan 3.23 juta kes pembayar cukai bagi tempoh sehingga 30 September lalu.
Kementerian Kewangan (MoF), berkata daripada jumlah itu, RM6.38 bilion sudah dibayar balik kepada 3.1 juta pembayar cukai individu, manakala RM8.95 bilion dibayar balik kepada lebih 130,000 pembayar cukai syarikat, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Dalam memperkukuh urusan bayaran balik lebihan cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah melaksanakan pelbagai strategi yang lebih adil dan saksama serta memastikan peruntukan bayaran balik daripada kerajaan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan berdasarkan usia tunggakan kes dan turut memberi keutamaan kepada PMKS dan syarikat yang sedang menghadapi masalah aliran tunai.
"Kerajaan juga komited untuk terus memastikan tunggakan bayaran balik dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan segera sebagai usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai dan memastikan hak pembayar cukai dilindungi, selaras dengan agenda reformasi fiskal Kerajaan MADANI," menurut MoF dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.
MoF menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (Bagan-PH) mengenai tempoh penyelesaian bayaran balik lebihan cukai dan pampasan dua peratus kepada pembayar cukai korporat bagi tahun taksiran 2025 serta jumlah tunggakan mengikut tahun taksiran dan bilangan pembayar cukai yang terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.