Malaysian Attention Engine
Live wire
59SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut50Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman50General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled46Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan44Business : NWE Resources' IPO Public Portion Oversubscribed 2.82 Times44World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda42Don’t defend wrongdoing, even if it involves Umno, says Khairy40Penganggur didakwa menyamar pegawai DBKL, tipu peniaga dapatkan lesen40Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina40Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee40Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pengasas ASC26 tepis kritikan pempengaruh wanita

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 16:36 MYTLatest activity 13 Oct, 16:36BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur : Penganjuran kejohanan tinju pempengaruh, All Star Championship 2026 (ASC26) terus membuktikan kedudukannya dalam landskap sukan digital tempatan dan antarabangsa menerusi penganjuran di Kuala Lumpur serta Dubai sebelum ini. (Harian Metro, 16:36)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pengasas ASC26 tepis kritikan pempengaruh wanita

13 Oct, 16:36 MYT

Kuala Lumpur : Penganjuran kejohanan tinju pempengaruh, All Star Championship 2026 (ASC26) terus membuktikan kedudukannya dalam landskap sukan digital tempatan dan antarabangsa menerusi penganjuran di Kuala Lumpur serta Dubai sebelum ini.

Pengasasnya, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, kritikan segelintir pihak di media sosial adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan dalam usaha membangunkan platform berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komen yang ditinggalkan seorang pempengaruh wanita di Instagram yang mempertikaikan kredibiliti serta ketelusan kejohanan yang bakal berlangsung Sabtu ini.

"Kalau nak persoal kredibiliti atau apa-apa, itu hak masing-masing. Kita tidak boleh lari daripada 'haters' dalam media sosial. Yang penting, apa yang kita buat, kita tunaikan.

"Malah penyertaan, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia juga sudah cukup membuktikan," katanya.

Mengulas lanjut, Abd Rahman tidak menolak kemungkinan sesetengah pengkritik berasa kecewa kerana tidak mendapat peluang untuk beraksi di gelanggang berkenaan.

"Mereka mungkin cemburu dan terkilan sebab tidak dapat menyertai ASC26. Nak masuk kejohanan tapi tidak layak, jadi hati manusia kan, macam-macam. Cuma seperti saya cakap, kita sudah buktikan kredibiliti," ujarnya.

Menurut beliau, pembabitan pempengaruh dari pelbagai negara dengan jumlah gabungan pengikut melebihi 20 juta di seluruh dunia menjadi kekuatan utama kejohanan kali ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa populariti semata-mata tidak memadai kerana aspek disiplin dan latihan amat diutamakan. Setiap peserta yang menandatangani kontrak diwajibkan menjalani latihan dua hingga tiga kali seminggu.

Beliau turut mengambil contoh juara edisi terdahulu, Imranul Affendy, yang berlatarbelakangkan bidang tarian dan lakonan namun menunjukkan komitmen tinggi sebaik sahaja melangkah ke arena tinju.

"Apabila mereka sudah membuat keputusan untuk bertarung, mereka akan berlatih bersungguh-sungguh. Kita membimbing dan memantau mereka kerana setiap peserta perlu diberikan peluang serta dorongan," katanya.

ASC26 yang menghimpunkan 34 pempengaruh dari sembilan negara menerusi 17 perlawanan bakal menggegarkan Flamingo Hotel, Kuala Lumpur pada 17 Oktober ini.

Kemasukan penonton ke lokasi adalah percuma, manakala siaran secara eksklusif boleh ditonton menerusi platform penstriman Tonton pada harga RM10 secara pay-per-view (PPV) di seluruh dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:0019:00
Latest 19:11 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 16:36 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:36

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pengasas ASC26 tepis kritikan pempengaruh wanita · Malaysian Attention Engine