Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kerja hibrid perlukan kepercayaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:00 MYTLatest activity 17 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

DASAR Hari Bekerja Hibrid yang berkuat kuasa 1 Ogos, lalu membolehkan penjawat awam yang layak bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari dari rumah atau lokasi alternatif. Namun, perubahan ini turut mencetuskan persoalan lama, iaitu adakah seseorang benar-benar bekerja jika tidak berada di hadapan ketua? (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Kerja hibrid perlukan kepercayaan

By Meja Rencana · 17 Oct, 09:00 MYT

DASAR Hari Bekerja Hibrid yang berkuat kuasa 1 Ogos, lalu membolehkan penjawat awam yang layak bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari dari rumah atau lokasi alternatif. Namun, perubahan ini turut mencetuskan persoalan lama, iaitu adakah seseorang benar-benar bekerja jika tidak berada di hadapan ketua?

Aon Malaysia menerusi Pulse Survey Report 2025 mendapati majoriti organisasi yang disurvei melaksanakan aturan kerja fleksibel, manakala lebih separuh menggunakan model hibrid.

Justeru, cabaran sebenar bukan lagi menentukan sama ada model ini wajar dilaksanakan tetapi bagaimana ia diurus dengan berkesan.

Produktiviti tidak seharusnya diukur melalui tempoh seseorang berada di meja. Pekerja yang menghabiskan lapan jam di pejabat belum tentu menghasilkan keputusan terbaik, sebagaimana individu bekerja dari rumah tidak semestinya kurang produktif. Dalam pekerjaan berasaskan pengetahuan, nilai lebih banyak ditentukan oleh kualiti keputusan, penyelesaian masalah, kemahiran dan hasil dicapai.

Namun, fleksibiliti tanpa tanggungjawab juga boleh disalahgunakan. Integriti bermaksud melaksanakan amanah walaupun tiada pengawasan fizikal.

Pekerja perlu mematuhi tempoh ditetapkan, mencapai piawaian kerja serta memberi maklum balas apabila diperlukan.

Pada masa sama, pengurusan perlu memainkan peranan yang sama. Fleksibiliti tidak boleh menjadi alasan untuk menghubungi kakitangan tanpa batas atau menjadikan rumah sebagai sambungan pejabat sepanjang hari. Kepercayaan mesti berjalan seiring dengan akauntabiliti.

Kerja hibrid juga tidak sesuai dilaksanakan secara seragam. Tugasan yang memerlukan tumpuan mungkin lebih sesuai dilakukan dari rumah, manakala bimbingan, percambahan idea dan perbincangan kompleks lebih berkesan secara bersemuka.

Bagi pekerja baharu pula, kehadiran fizikal yang lebih kerap boleh membantu mereka membina kemahiran dan jaringan profesional.

Oleh itu, organisasi perlu mengubah cara menilai prestasi. Fokus hendaklah diberikan kepada hasil, kualiti kerja, penyelesaian masalah dan nilai yang dihasilkan, bukannya status aktif, jumlah mesej atau tempoh berada di pejabat.

Kerja hibrid bukan soal rumah atau pejabat. Yang lebih penting ialah membina budaya kerja yang menggabungkan kebebasan dengan tanggungjawab.

Integriti tidak diukur melalui tempat seseorang bekerja tetapi melalui amanah yang ditunaikan dan hasil yang dihasilkan. – UTUSAN

NURUL NISHA MOHD. SHAH dan MOHD. RADZMAN BASINON

Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sixtysix Action Academy

The post Kerja hibrid perlukan kepercayaan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kerja hibrid perlukan kepercayaan
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kerja hibrid perlukan kepercayaan · Malaysian Attention Engine