
Kerjasama bangunkan bakat teknologi tempatan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KERJASAMA antara syarikat teknologi dan pusat pendidikan merupakan antara usaha yang berupaya untuk membuka peluang kepada kelahiran bakat-bakat baru teknologi. (Kosmo!, 11:11)
Read the reporting
1 report
Kerjasama bangunkan bakat teknologi tempatan
KERJASAMA antara syarikat teknologi dan pusat pendidikan merupakan antara usaha yang berupaya untuk membuka peluang kepada kelahiran bakat-bakat baru teknologi.
Ia juga memberi mahasiswa platform untuk mengikuti latihan industri, bengkel dan kursus pendek selain memperkukuh penyelidikan dalam bidang teknologi.
Usaha membangunkan bakat teknologi tempatan itu juga terus diperkukuh menerusi kerjasama antara TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (TP-Link Malaysia) dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil, Kedah bagi merapatkan jurang antara pendidikan akademik dengan keperluan sebenar industri teknologi.
Menurut Pengarah Serantau TP-Link Malaysia, Cai Zhenbiao atau Hugo Cai, pembangunan bakat teknologi pada skala besar memerlukan kerjasama berterusan antara institusi pendidikan dengan pihak industri.
“Hubungan erat antara kedua-dua pihak membolehkan sistem pendidikan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi sebenar, sekali gus membantu menyediakan tenaga kerja yang diperlukan Malaysia untuk menghadapi masa depan digital.
“Pembangunan bakat teknologi memerlukan lebih daripada inisiatif secara individu. Ia memerlukan kerjasama berterusan antara institusi yang dapat menghubungkan pendidikan dengan perkembangan teknologi dalam dunia sebenar,” katanya pada majlis menandatangani Momerandum Persefahaman (MoU) antara TP-Link dan UniSHAMS baru-baru ini.
Tambahnya, penyertaan UniSHAMS dalam rangkaian kerjasama universiti TP-Link Malaysia merupakan satu lagi langkah membina ekosistem yang membolehkan industri dan institusi akademik bersama-sama mempersiapkan generasi profesional teknologi akan datang.
Kerjasama yang dimeterai menerusi MoU selama tiga tahun itu bertujuan menyediakan lebih banyak peluang kepada mahasiswa dan warga akademik untuk mendapatkan pendedahan industri, berkongsi kepakaran serta terlibat dalam penyelidikan berkaitan bidang teknologi.
Kongsinya lagi, pendekatan itu dilihat penting dalam menyediakan graduan yang bukan sahaja menguasai pengetahuan teori, malah mempunyai kemahiran teknikal dan keupayaan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
“Melalui inisiatif tersebut, mahasiswa UniSHAMS berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk bengkel, kursus pendek dan latihan industri bagi melengkapkan pembelajaran di dalam bilik kuliah dengan pengalaman praktikal.
“Selain pembangunan kemahiran pelajar, kerjasama berkenaan turut memberi ruang kepada TP-Link Malaysia untuk menggabungkan kepakaran industri dengan kemampuan akademik UniSHAMS bagi menyokong penyelidikan dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif berkata, perubahan teknologi menuntut graduan memiliki keupayaan untuk terus belajar, menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap keperluan baharu industri.
Jelasnya, peranan universiti bukan sekadar menyediakan pelajar untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa, sebaliknya turut membentuk keupayaan mereka menghadapi perubahan pada masa hadapan.
“Kerjasama dengan TP-Link Malaysia dapat memperluas pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah selain membuka ruang kepada mahasiswa dan ahli akademik untuk berinteraksi dengan industri serta menyumbang kepada penyelidikan yang bermakna.
“Dalam usaha memperluas pendedahan teknologi kepada pelajar, TP-Link Malaysia turut memperkenalkan teknologi rangkaian perusahaan Omada serta laluan pensijilan Omada Certified Network Associate (OCNA) kepada institusi dalam rangkaian akademiknya,” kongsinya.
Katanya lagi, pendedahan terhadap teknologi dan pensijilan berkaitan industri itu dapat membantu pelajar memahami penggunaan sistem rangkaian dalam persekitaran profesional serta membina kemahiran yang relevan dengan keperluan pasaran kerja.
Kerjasama berkenaan mencerminkan kepentingan hubungan antara universiti dengan industri dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya ketika pendigitalan semakin mempengaruhi pelbagai sektor ekonomi.
Melalui perkongsian kepakaran, latihan praktikal dan penyelidikan, usaha itu diharap dapat memperkukuh asas pembangunan bakat teknologi tempatan serta menyokong aspirasi Malaysia untuk membina ekosistem digital yang mampan.
The post Kerjasama bangunkan bakat teknologi tempatan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.