Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kes denggi naik 231% di Terengganu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 06:40 MYTLatest activity 13 Oct, 06:40BMconfidence 60%

What happened

KUALA TERENGGANU: Kes deng­gi di Terengganu melonjak se­banyak 230.9 peratus kepada 460 kes sehingga 3 Oktober lalu berbanding 139 kes dalam tempoh sama tahun lalu. (Utusan Malaysia, 06:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Kes denggi naik 231% di Terengganu

By .ERMA YUSNIDA JUSOH · 13 Oct, 06:40 MYT

KUALA TERENGGANU: Kes deng­gi di Terengganu melonjak se­banyak 230.9 peratus kepada 460 kes sehingga 3 Oktober lalu berbanding 139 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­rajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri, daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah kes tertinggi seba­nyak 318 kes berbanding 76 kes pada tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 318.4 peratus sekali gus menjadikan Kuala Terengganu daerah paling terjejas dengan penularan denggi di negeri ini.

“Hulu Terengganu pula mencatatkan peningkatan tertinggi dari segi peratusan iaitu seba­nyak 583.3 peratus kepada 41 kes berbanding hanya enam kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Daerah lain yang turut mencatatkan peningkatan ialah Kuala Nerus dengan 28 kes berbanding 12 kes, diikuti Besut (26 kes), Kemaman (20 kes), Setiu (12 kes) dan Marang (sembilan kes),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagaimanapun, Dungun me­­nun­jukkan perkembangan positif apabila merekodkan penurunan kes sebanyak 33.3 peratus kepada enam kes berbanding sembilan kes pada tahun lalu.

Beliau berkata, walaupun jumlah kes meningkat dengan ketara, tiada kematian akibat denggi direkodkan bagi kedua-dua tempoh berkenaan.

Dalam perkembangan berkai­tan, menurutnya, sebanyak 1,180 kompaun dikeluarkan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini membabitkan nilai ke­seluruhan RM590,000.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 932 kompaun dilaporkan telah dibayar dengan nilai bayaran RM97,620.

‘Orang ramai diseru supaya meningkatkan usaha pencegahan denggi dengan memastikan kawasan kediaman dan persekitaran sentiasa bersih serta bebas daripada tempat pembiakan nya­­muk Aedes.

“Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menghapuskan air bertakung, membersihkan bekas yang berpotensi menakung air serta melakukan pemeriksaan berkala di dalam dan luar rumah bagi mengelakkan pembiakan nyamuk pembawa denggi,” katanya. – UTUSAN

The post Kes denggi naik 231% di Terengganu appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:0008:00
Latest 08:01 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 06:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    06:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kes denggi naik 231% di Terengganu
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.