/file/1123/bf3835fb646c20606f2b7ce4e4f39348.jpeg)
Kes Nhaveen: Pendakwaan kemuka empat alasan utama mohon empat tertuduh disabit kesalahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Antara alasan itu ialah percanggahan antara versi pembelaan ketika kes pendakwaan dengan keterangan tertuduh pada peringkat membela diri pada minggu lepas.… (Malaysiakini (BM), 16:51)
Read the reporting
2 reports
Pendakwaan kemuka empat alasan tertuduh kes Nhaveen disabitkan kesalahan
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, pihak pendakwaan mengemuka empat alasan utama bagi memohon supaya empat tertuduh dalam kes pembunuhan mangsa buli, T Nhaveen sembilan tahun lalu disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ketika mengemuka hujahan pada peringkat pembelaan.
Katanya, selain itu ada percanggahan di antara pembelaan pada peringkat kes pendakwaan berbanding keterangan dikemuka di peringkat membela diri.
"Menjadi kewajipan tertuduh pertama hingga empat untuk menimbulkan keraguan munasabah berdasarkan pembelaan ditimbulkan semasa siasatan dan di peringkat prima facie.
"Kegagalan akan menyebabkan pembelaan menjadi 'after thought' atau dianggap sesuatu yang difikirkan kemudian dan penafian kosong semata-mata," katanya semasa prosiding pembelaan peringkat akhir di sini, hari ini.
Mohd Amril turut berhujah pihak pembelaan langsung tidak pernah menafikan secara nyata atau mencabar kewujudan dan kehadiran tertuduh di tempat kejadian, iaitu di Padang Openg atau di lokasi berkaitan iaitu di Jalan Kaki Bukit.
"Tiada penafian secara nyata kejadian di Padang Openg itu tidak berlaku cuma dicabar keempat-empat mereka tidak memukul mangsa.
"Tertuduh pertama hingga ketiga menyebutnya sebagai pergelutan dan hanya tertuduh keempat menyatakan pertelingkahan.
"Tetapi hanya Previin (saksi) masuk hospital dan cedera. Walaupun Sharmah (tertuduh) dikatakan pengsan dan cedera, tiada laporan perubatan dan laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu," katanya.
Beliau berkata, pihak pendakwaan turut mengesahkan ibu kepada mangsa, T Shanti mengecam suara seorang tertuduh, Ragesuthen yang dipanggil Raga ketika menghubunginya.
"Sewaktu pemeriksaan balas oleh peguam, pihak pembelaan sendiri dipersetujui terdapat dua panggilan telefon dibuat dan tertuduh menyatakan 'Previin dan Nhaveen serang kami aunty, kami nak settle," katanya.
Beliau turut meminta mahkamah meneliti perbezaan di antara alasan penghakiman ringkas Mahkamah Rayuan yang mengarahkan empat tertuduh membela diri dengan alasan penghakiman penuh dalam rayuan berkaitan seorang lagi individu, S Gopinaath, 35, yang dilepas dan dibebaskan.
Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah mengekalkan pertuduhan dan mensabitkan semua tertuduh serta menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Pendakwaan turut dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan dan Noor Azura Zulkiflee.
Semua tertuduh diwakili peguam Maanveer Singh Dhillon, R Thevan dan Lim Sheng Zhe selain dihadiri peguam pemerhati keluarga Nhaveen, T Gunaseelan.
Sementara itu, Maanveer mempersoal percanggahan keterangan saksi pendakwaan utama, Previin berhubung jumlah individu yang didakwa terbabit dalam kejadian itu.
Beliau berkata, Previin memberikan beberapa versi berbeza mengenai jumlah individu yang memukul mangsa di Padang Openg iaitu empat, tujuh, lapan dan sehingga 20 orang dan percanggahan itu menimbulkan persoalan terhadap kebolehpercayaan keterangan saksi itu.
Beliau berkata, Nhaveen tidak pengsan di Jalan Kaki Bukit sebaliknya masih sedar serta mampu membonceng motosikal.
Katanya, terdapat kemungkinan kematian sebenar berlaku di lokasi atau tempat lain dalam tempoh jurang masa lebih dua jam selepas kejadian.
Selain itu, pihak pembelaan turut berhujah pihak pendakwaan gagal memanggil individu bernama 'Belang' iaitu suspek yang dikaitkan membawa Nhaveen beredar dari tempat kejadian dengan menunggang motosikal.
Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid kemudiannya menetapkan 16 November depan sebagai tarikh pengurusan kes untuk mendengar hujahan lanjut pihak pembelaan dan pendakwaan, termasuk rujukan khusus fakta dan rekod rayuan sebelum membuat keputusan berhubung kes itu.
Beliau yang menyifatkan keadaan dihadapi mahkamah sebagai unik berkata, pengurusan kes itu turut membolehkan kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status hujahan masing-masing termasuk sama ada hujahan tambahan perlu difailkan.
Sebelum ini, tertuduh, J Ragesuthen, 27, S Gokulan, 27, K Tatisan, 26, V Sharmah, 27, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Nhaveen, 18, berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Gelugor antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam pada 9 Jun 2017.
Mereka turut berdepan pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap T Previin, 19, dengan menggunakan alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin menyebabkan kematian iaitu topi keledar di lokasi, masa dan tarikh sama.
Nhaveen meninggal dunia pada 15 Jun 2017 selepas enam hari dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah yang dialaminya pada malam kejadian berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsMalaysiakini (BM)16:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro, Malaysiakini (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.