Malaysian Attention Engine
Live wire
50Jangan guna adat untuk langgar aturan – Tuanku Muhriz50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok45Selangor sasar jadi hab reka bentuk berteknologi tinggi44General : SPA Awaits Circular On RM2,500 Starting Salary For Fresh Graduates4315,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran43Kes Nhaveen: Pendakwaan kemuka empat alasan utama mohon empat tertuduh disabit kesalahan43Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis42Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian42Pergaduhan libat 5 lelaki bersejata di Taman Medan Jaya bukan isu perkauman - Polis41General : Parliamentary Service Council Expected To Be Fully Operational By December - Johari38Saudi Aramco administrative building attacked, limited fire reported
OverUnconfirmedupdated 5 d ago

KES2026 sengaja buang elemen wang tunai, terapkan amal jariah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
5
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:30 MYTLatest activity 9 Oct, 09:30BMconfidence 80%

What happened

PROGRAM realiti Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) akhirnya melabuhkan tirai selepas tujuh minggu pertarungan dengan Datuk Jalaluddin Hassan diangkat sebagai juara. (Google News Malaysia (BM), 09:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

KES2026 sengaja buang elemen wang tunai, terapkan amal jariah

By NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI · 9 Oct, 09:30 MYT

PROGRAM realiti Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) akhirnya melabuhkan tirai selepas tujuh minggu pertarungan dengan Datuk Jalaluddin Hassan diangkat sebagai juara.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold dan hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800.

Malah, dia juga bakal menerima tajaan pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Jalaluddin, 72, menganggap kemenangan yang diraih bagaikan mimpi menjadi kenyataan memandangkan cita-cita asalnya sejak kecil adalah bergelar seorang penyanyi.

“Saya tak sangka, macam mimpi. Bayangkan, saya tak pernah termimpi langsung terlibat benda-benda macam ini dan bergelar juara pada usia 72 tahun.

“Itulah yang Allah tentukan pada saya sebab saya memang berangan-angan nak jadi penyanyi sebenarnya masa kecil. Tapi tiba-tiba beralih jadi pelakon.

“Saya selalu bayang nak buat persembahan depan semua orang tapi tak pernah berpeluang,” katanya usai sidang media KES2026.

Mengulas mengenai kemenangannya, dia mengakui berdepan cabaran tersendiri ketika beraksi di atas pentas besar lebih-lebih lagi apabila Zila Bakarin mendahului jumlah undian setiap minggu.

“Rupa-rupanya bila menyanyi atas pentas yang besar, dia jadi lain. Secara psikologi saya jadi ‘blank’ padahal saya dah biasa menyanyi.

“Bila saya menyanyi di minggu pertama sampai ketiga, Zila Bakarin menguasai semua sebab dia ada peminat.

“Bila minggu keempat saya tak ada fikir apa pun bagaimana nak mengatasi dia, saya cuma buat hal saya dan tunjukkan persembahan sendiri.

“Kelebihan saya mungkin gaya walaupun dalam bidang lakonan pun kita dah tak pandai berlakon atau suara pun tidak keluar, tapi gaya itu orang suka,” katanya lagi.

Berkongsi petua penjagaan diri dalam melakukan persembahan walaupun berusia 72 tahun, bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mementingkan aspek rohani selain menjaga pemakanan.

“Bila dah berumur ini secara automatiknya kita kurang makan. Suplemen pula tiada.

“Paling penting yakin dengan Allah. Semuanya datang daripada-Nya jadi kita berserah kepada Dia.

“Insya-Allah, jangan lupa zikir kerana sangat membantu bukan saja menenangkan tubuh badan tapi menyihatkan akal kita,” ujarnya.

Isu wang tunai

Usai program tersebut, ramai mempertikai isu ketiadaan hadiah berbentuk wang tunai buat peserta yang sudah berhempas pulas bertanding.

Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menjelaskan bahawa format tersebut memang ditetapkan atas tujuan tertentu bagi mengurangkan tekanan pertandingan.

“Asalnya Kilauan Emas Selebriti ini memang diciptakan untuk satu musim khas, iaitu kita mahu meletak semua selebriti yang bukan penyanyi bertanding.

“Tapi kami juga mahu menjadikan satu format yang orang kata kurang kompetitif dan lebih kepada menghiburkan kerana tujuan itulah kami buang elemen wang tunai untuk hadiah pemenang, namun kita terapkan amal jariah.

“Rasanya kalau ada wang tunai takut nanti semangat persaingan itu mungkin akan muncul secara tidak langsung. Jadi, kami tidak mahu tekanan itu, kami mahu lebih menghiburkan,” katanya.

Ditanya sekiranya program tersebut bakal diteruskan pada masa akan datang, Idlan tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan KES pada sekiranya mendapat lampu hijau.

Asalnya ini edisi khas tapi kami mendapat sambutan yang luar biasa dan ada juga ramai selebriti lain yang dah menyampaikan hasrat untuk masuk.

“Insya-Allah kalau ada rezeki an diberi peluang untuk buat lagi sekali, akan ada (musim seterusnya).

“Tapi kami juga mengharapkan ramai lagi selebriti yang bukan penyanyi sanggup sahut cabaran,” tutupnya. – HIBGLAM

Text and pictures from Kosmo!, shown with attribution.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  3. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source
  4. State
    Over

    single source and no mention for 24h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

KES2026 sengaja buang elemen wang tunai, terapkan amal jariah · Malaysian Attention Engine