Malaysian Attention Engine
Live wire
30Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq2927 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti29Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji29Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis29Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa29RUU E-Dagang dibentang tahun depan - Fuziah29Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB28Walimatulurus Bella Astillah, Syed Saddiq himpun kira-kira 3,000 tetamu28Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’27Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf27Politics : Melaka Polls: Undi18, Automatic Registration Of Voters Give Challenges To BN27General : Sultan Sharafuddin's 25-year Reign Reflects Deep Concern For People's Welfare, Unity
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Kesihatan tulang belakang perlu diberi perhatian

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 22:30 MYTLatest activity 18 Oct, 22:30BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Masalah tulang belakang yang menyebabkan kesakitan berpanjangan, pergerakan terbatas dan perubahan postur badan boleh menjejaskan kualiti hidup sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya. (Utusan Malaysia, 22:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Kesihatan tulang belakang perlu diberi perhatian

By - MEDIA MULIA · 18 Oct, 22:30 MYT

PETALING JAYA: Masalah tulang belakang yang menyebabkan kesakitan berpanjangan, pergerakan terbatas dan perubahan postur badan boleh menjejaskan kualiti hidup sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya.

Keadaan itu bukan sahaja membataskan aktiviti fizikal, malah berpotensi mengganggu waktu tidur, tumpuan ketika bekerja serta kemampuan seseorang menguruskan tanggungjawab harian bersama keluarga.

Pengasas MMW Bone Alignment Centre, Prof Max Wong berkata, penentuan punca sebenar sesuatu masalah penting bagi memastikan individu menerima penjagaan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.

Menurutnya, simptom yang hampir sama boleh berpunca daripada masalah berbeza, justeru pendekatan penjagaan tidak seharusnya disamaratakan kepada semua individu.

“Profesionalisme sebenar ialah menggunakan teknik yang tepat kepada individu yang tepat kerana kesakitan yang kelihatan serupa tidak semestinya berpunca daripada masalah yang sama,” katanya.

Bagi individu yang mengalami masalah cakera intervertebra tergelincir atau slipped disc, hasil pemeriksaan pengimejan seperti MRI dan X-ray serta rekod rawatan terdahulu boleh membantu memberikan maklumat tambahan ketika sesi konsultasi, namun kesesuaian sesuatu teknik tetap perlu ditentukan melalui penilaian menyeluruh.

Masalah saraf sciatic atau sciatica pula boleh menyebabkan kesakitan menjalar dari bahagian punggung ke kaki, selain kebas dan kelemahan otot dalam keadaan tertentu sehingga menyukarkan aktiviti seperti berjalan, memandu atau berdiri lama.

Postur badan membongkok juga tidak boleh dianggap berpunca daripada tabiat harian semata-mata kerana keadaan itu mungkin berkait dengan perubahan struktur tulang belakang, osteoporosis atau masalah kesihatan lain yang memerlukan pendekatan berbeza.

Sakit kepala berulang, termasuk migrain, turut memerlukan penilaian sewajarnya kerana gangguan neurologi itu tidak boleh dikaitkan dengan masalah tulang belakang sahaja, walaupun ketegangan pada leher dan bahu boleh menyumbang kepada sesetengah jenis sakit kepala.

Sehubungan itu, MMW memperkenalkan pendekatan penjagaan badan 5R yang merangkumi Release, Realign, Restore, Rebuild dan Recover, dengan tumpuan kepada pengurusan ketidakselesaan, penjajaran postur, pemulihan fungsi pergerakan, pembinaan kekuatan serta usaha membantu individu kembali menjalani rutin harian.

Pendekatan berkenaan turut menitikberatkan keperluan setiap individu melalui panduan pergerakan dan pengurusan kendiri, namun tahap perubahan serta tempoh penjagaan bergantung pada keadaan kesihatan masing-masing dan tidak menjamin hasil yang seragam.

Max Wong melakukan prosedur rawatan sakit belakang.

Max Wong berkata, pihaknya berharap pendekatan penjagaan bukan pembedahan yang sesuai dapat membantu individu memahami pilihan yang boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan ketidakselesaan, meningkatkan fungsi tubuh dan memperbaiki kualiti hidup.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa penjagaan manual bukan pilihan yang sesuai untuk semua masalah kesihatan dan boleh mempunyai risiko tertentu, manakala keputusan berkaitan pengambilan ubat, suntikan atau pembedahan perlu dibuat berdasarkan penilaian serta nasihat profesional perubatan berkelayakan.

Beliau berkata, usaha menjaga kesihatan tubuh perlu dijadikan amalan berterusan dan tidak hanya diberikan perhatian apabila kesakitan mula mengganggu kehidupan seharian.

“Ilmu perlu dikumpulkan, perniagaan perlu diusahakan, keluarga perlu dijaga dan kesihatan juga memerlukan perhatian berterusan,” katanya.

MMW Bone Alignment Centre menawarkan perkhidmatan penjajaran badan dan penjagaan manual bukan invasif di Bandar Bukit Raja, Klang serta Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya. – UTUSAN

The post Kesihatan tulang belakang perlu diberi perhatian appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 21NEWnow
Latest 00:39 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 22:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    22:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.