Malaysian Attention Engine
Live wire
46Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Penzahiran Darjah Kebesaran Negeri Sembilan42General : Malaysia, Singapore Seek Closer Education Cooperation - Fadhlina38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut37Pegawai kerajaan maut ditikam suami36AKPS officer allegedly killed by husband was in divorce proceedings, says brother36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang35World : AFC President Says Asian Cup Could Be Postponed To 202835FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Ab Ghani mahu Harimau Muda mengaum di Selayang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 12:35 MYTLatest activity 16 Oct, 12:35BMconfidence 60%

What happened

Ab Ghani mahu Harimau Muda mengaum di Selayang (Harian Metro, 12:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Ab Ghani mahu Harimau Muda mengaum di Selayang

By Firdaus Hashim · 16 Oct, 12:35 MYT

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu skuad bawah 17 (B-17) lelaki negara membuktikan kemampuan sebenar apabila turun beraksi pada kempen Kelayakan Piala Asia B-17 dari 8 hingga 20 November ini di Selayang, bulan depan.

Gesaan itu diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan yang percaya skuad muda negara itu memiliki potensi besar untuk melakar kejayaan, sekali gus meneruskan perkembangan positif bola sepak remaja negara selepas beberapa pencapaian membanggakan di peringkat ASEAN.

Menurutnya, persembahan berkualiti perlu menjadi keutamaan pemain kerana beliau yakin permainan yang baik mampu membuka laluan kepada keputusan positif dalam kejohanan berkenaan.

"Harapan kita ialah mereka dapat bermain dengan baik. Permainan yang baik tentu akan menghasilkan keputusan yang baik.

"Kita harap mereka dapat melakukan sesuatu seperti skuad B-19 sebelum ini (layak ke pusingan akhir) bagi membuktikan bahawa kita berada di landasan yang betul untuk pergi lebih jauh, bukan hanya di peringkat ASEAN," katanya.

Ab Ghani berkata, kejayaan pasukan remaja negara sebelum ini turut memberi petanda positif terhadap perkembangan bola sepak Malaysia, termasuk kelayakan skuad B-19 yang dibarisi Syukor Adan ke pusingan seterusnya.

Beliau melihat skuad B-17 lelaki juga mempunyai potensi besar berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan sebelum ini dan berharap kelebihan beraksi di laman sendiri dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Katanya, FAM kini mahu memastikan pembangunan bola sepak negara dilaksanakan secara menyeluruh dengan memberikan perhatian serius kepada setiap peringkat umur dan kejohanan yang disertai.

"Kita mahu melihat perubahan dalam FAM. Apabila bercakap mengenai bola sepak, semua peringkat umur perlu bersedia untuk mencapai hasil yang baik.

"Kita sedang bergerak ke arah itu bagi memastikan setiap pasukan, dalam apa juga kejohanan, diberikan perhatian serius untuk membawa nama negara," katanya.

Dalam kempen kelayakan kali ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama empat lagi pencabar iaitu India, Palestin, Singapura dan Guam di mana kesemua aksi diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Hanya juara kumpulan sahaja akan layak ke pusingan akhir tahun depan yang dijadual berlangsung di Uzbeskitan pada 12-29 Mei 2027.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:54 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 12:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.