Malaysian Attention Engine
Live wire
55Najib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam51Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok51'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil50General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine49Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching48Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam46Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah46Elak kesilapan mudah lawan Kitchee - Aidil42General : SPA Awaits Circular On RM2,500 Starting Salary For Fresh Graduates41Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis40Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

KFA gesa penyokong henti serangan peribadi terhadap pemain

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 16:56 MYTLatest activity 14 Oct, 16:56BMconfidence 60%

What happened

SEOUL: Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) menggesa penyokong supaya menghentikan serangan peribadi melampau terhadap pemain kebangsaan, sambil memberi amaran tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan psikologi mereka susulan kegagalan pasukan pada Piala Dunia. (Berita Harian, 16:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

KFA gesa penyokong henti serangan peribadi terhadap pemain

By AFP · 14 Oct, 16:56 MYT

SEOUL: Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) menggesa penyokong supaya menghentikan serangan peribadi melampau terhadap pemain kebangsaan, sambil memberi amaran tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan psikologi mereka susulan kegagalan pasukan pada Piala Dunia.

Jurulatih Hong Myung-bo meletakkan jawatan selepas Korea Selatan gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia di Amerika Utara, manakala Robert Moreno dari Sepanyol yang dilantik sebagai jurulatih interim masih menunggu keputusan mengenai kemungkinan pelanjutan kontraknya.

Menjelang saingan Piala Asia yang dijadual berlangsung di Arab Saudi pada Januari depan, skuad kebangsaan itu kini dibelenggu dakwaan wujud perpecahan dalam pasukan.

Laporan media tempatan mendakwa sebahagian pemain muda berasa perkembangan mereka terbantut akibat pengaruh pemain senior, termasuk kapten berpengalaman, Son Heung-min.

Dalam kenyataan panjang yang dikeluarkan Selasa lalu, KFA mengecam tindakan pihak tertentu yang didakwa cuba mencetuskan perselisihan dalam pasukan.

"Maklumat yang tidak disahkan dan dakwaan berbentuk spekulasi mengenai pemain pasukan kebangsaan kini tersebar di media sosial serta forum dalam talian, dengan beberapa pemain berdepan kritikan melampau dan serangan peribadi," menurut KFA.

Persatuan itu menegaskan tindakan berkenaan melampaui batas kritikan yang wajar dan boleh memberikan tekanan psikologi serius kepada pemain terbabit.

KFA turut menggesa penyokong supaya tidak membuat andaian mengenai hubungan dalaman pasukan atau menyemarakkan perpecahan dalam kalangan pemain.

Spekulasi mengenai ketegangan dalam skuad itu timbul selepas pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae, bertindak membaling butnya dalam keadaan marah selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Korea Selatan seri tanpa jaringan menentang Venezuela di laman sendiri, bulan ini.

Min-jae kemudian berkata setiap pemain perlu merendah diri, memberikan sepenuh komitmen dan berusaha bersungguh-sungguh, sekali gus mencetuskan lebih banyak perbincangan mengenai kemungkinan wujud perpecahan dalam pasukan.

Kontroversi terbaharu itu menyusul kemarahan orang ramai terhadap tingkah laku beberapa pemain yang memperoleh pengecualian daripada khidmat ketenteraan wajib selepas membantu Korea Selatan memenangi pingat emas pada Sukan Asia.

Sambutan selepas perlawanan yang dilihat seolah-olah menggambarkan pengecualian khidmat ketenteraan sebagai motivasi utama mereka mencetuskan reaksi negatif orang ramai.

Susulan itu, Menteri Pertahanan, Kang Shin-chul, berikrar untuk mengurangkan manfaat berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:00
Latest 18:11 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 16:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.