Malaysian Attention Engine
Live wire
51Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching50KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'50Rumah Rohingya terbakar dibaling molotov, ada kaitan video cabar Melayu -Polis50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara49General : Shift In Wind Flow Expected To Help Reduce Haze – Ahmad Zahid46Business : Kelington Secures RM128 Mln Contract For Data Storage Facility In Sarawak45DayOne secures additional RM15b financing for Johor data centre expansion45Business : IOI Properties' Potential SGX Listing Remains Under Evaluation44Jojo yakin menjelang aksi ulangan menentang Paez44General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG44General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution43Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Khemah ganti pejabat akibat serangan udara di Gaza

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 11:30 MYTLatest activity 13 Oct, 11:30BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Khemah ganti pejabat akibat serangan udara di Gaza

By ISZ YUSLIZA · 13 Oct, 11:30 MYT

BANDAR GAZA: Ramai penduduk Gaza menjadikan khemah sebagai pejabat, klinik dan premis perniagaan selepas tentera Israel memusnahkan hampir keseluruhan bangunan serta rumah dalam perang yang bermula 7 Oktober 2023 sebelum gencatan senjata dilaksanakan tahun lalu.

Meskipun gencatan senjata diumumkan pada Oktober 2025 yang kerap kali dicabuli oleh tentera Israel, semakin banyak khemah pejabat, ruang pembedahan sementara dan kedai mula bercambah di serata Gaza bagi membolehkan golongan profesional meneruskan perkhid­matan mereka.

Seorang pakar bidang anggota tiruan, Dr. Mohammed al-Khalidi melakukan tugas di dalam sebuah khemah di al-Mawasi, selatan Gaza yang mempunyai ruang amat terhad, gangguan bekalan elektrik, kehangatan suhu melampau dan bunyi bising sehingga menganggu proses rawatan.

“Berkhidmat di dalam ruang sementara ini langsung tidak boleh dibandingkan dengan klinik perubatan berkemudahan lengkap. Namun, bagi saya, ia jauh lebih baik berbanding menghentikan terus khidmat ini,” kata al-Khalidi kepada Al Jazeera.

Seorang jurutera awam, Omar al-Tawashi menawarkan per­khid­matannya di sebuah khemah di Deir el-Balah, tengah Gaza, bagi meneruskan pekerjaannya.

“Perpindahan saya ke khemah bukanlah pilihan profesional. Ia akibat kemusnahan tempat saya bekerja sebelum ini, ditambah pula dengan krisis sewaan yang menyukarkan saya mencari pejabat alternatif.

“Dalam sesetengah kes, kadar sewa meningkat lebih 10 kali ganda berbanding sebelum perang, menyebabkan saya tidak mampu menyewa pejabat baharu,” ujar­nya.

Sementara itu, seorang akauntan, Mahmoud Shaheen menerima pelanggan di dalam sebuah khemah kecil, diiringi bunyi suara peniaga bersebelahan dan orang ramai lalu-lalang di pasar yang sesak di kem Nuseirat, tengah Gaza.

Shaheen sebelum ini bertanggungjawab mengurus akaun syarikat yang berpangkalan di Gaza tetapi pejabatnya musnah da­lam serangan udara Israel pa­da November 2025.

“Berpindah ke khemah bukanlah pilihan kerjaya, sebaliknya tindak balas terhadap realiti yang dipaksakan oleh perang,” katanya.

Kempen ketenteraan Israel di Gaza dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan maut Hamas pada 7 Oktober 2023.

Ia telah mengorbankan lebih 74,000 orang, menurut kementerian kesihatan wilayah berkenaan yang beroperasi di bawah pentadbiran Hamas dan angka korbannya dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AGENSI

The post Khemah ganti pejabat akibat serangan udara di Gaza appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.