Malaysian Attention Engine
Live wire
62Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47IMF says AI investment keeps global growth around 3%46Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie44Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution39MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

KJ persoal kemerosotan skor Pisa meskipun gred SPM meningkat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:14 MYTLatest activity 13 Oct, 15:14BMconfidence 60%

What happened

Bekas menteri Khairy Jamaluddin mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia bersedia membuat keputusan sukar dan menegaskan bahawa inflasi gred mesti dihentikan. PETALING JAYA: Bekas menteri Khairy Jamaluddin mempersoalkan jurang antara peningkatan jumlah pelajar yang memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kemerosotan skor Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa). (Free Malaysia Today, 15:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

KJ persoal kemerosotan skor Pisa meskipun gred SPM meningkat

By Minderjeet Kaur · 13 Oct, 15:14 MYT

Bekas menteri Khairy Jamaluddin mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia bersedia membuat keputusan sukar dan menegaskan bahawa inflasi gred mesti dihentikan. PETALING JAYA: Bekas menteri Khairy Jamaluddin mempersoalkan jurang antara peningkatan jumlah pelajar yang memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kemerosotan skor Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa).

Beliau berkata, Malaysia perlu bersedia berdepan isu 'inflasi gred selama bertahun-tahun' dalam SPM, bukannya mengetepikan percanggahan ketara antara keputusan peperiksaan kebangsaan dengan penilaian antarabangsa.

“Adakah kita bersedia membincangkan secara serius hakikat bahawa inflasi gred berlaku dalam peperiksaan SPM selama bertahun-tahun?” katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Masa Depan Muda Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Dua lagi ahli panel pada sidang kemuncak itu ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

Khairy berkata, jumlah pelajar yang memperoleh semua A dalam SPM terus meningkat walaupun skor PISA Malaysia merosot.

“Terdapat percanggahan di situ. Adakah kita bersedia membincangkannya? Adakah kita bersedia membuat keputusan sukar dan mengatakan inflasi gred mesti dihentikan?”

Onn Hafiz menggesa penilaian jujur terhadap sistem pendidikan susulan kemerosotan kedudukan Malaysia dalam PISA daripada tempat ke-48 pada 2018 kepada ke-62 tahun lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kualiti pendidikan.

“Kita tidak boleh terus menafikan masalah. Kita tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini. Kita mesti berani mengakui kelemahan dan menanganinya,” katanya.

Amirudin turut menyorot ketidakpadanan antara pendidikan universiti dengan keperluan industri.

Beliau berkata, universiti perlu mencari 'keseimbangan terbaik' antara memberikan asas intelektual yang kukuh kepada pelajar, termasuk dalam bidang teori dan falsafah, dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran praktikal yang diperlukan industri.

Katanya, perkara itu amat penting ketika negeri-negeri giat menarik pelaburan bernilai tinggi yang memerlukan tenaga kerja tempatan berkemahiran.

Perbincangan turut menyentuh tanggungjawab terhadap alam sekitar selepas seorang pelajar membangkitkan kebimbangan bahawa generasi muda terpaksa menanggung akibat keputusan yang dibuat oleh generasi terdahulu.

Khairy menggesa pengundi muda mempertimbangkan komitmen calon dan parti politik terhadap alam sekitar ketika membuang undi.

“Kebimbangan saya ialah isu ini tidak diberikan keutamaan tinggi ketika pilihan raya. Akibatnya, ahli politik tidak bertindak,” katanya kepada pelajar.

Sementara itu, Amirudin menjelaskan inisiatif alam sekitar Selangor, termasuk prinsip 'pencemar membayar', iaitu mekanisme untuk memastikan pihak yang melepaskan sisa ke dalam sungai tempatan bertanggungjawab dari segi kewangan.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memperkenalkan program kitar semula isi rumah dan mengutip lebih RM20 juta menerusi caj beg plastik, dengan dana itu dirancang untuk disalurkan kepada inisiatif kitar semula seterusnya.

Katanya, Selangor akan memberikan tumpuan kepada sisa elektronik tahun depan, termasuk cabaran melupuskan bateri kenderaan elektrik.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 21NEWnow17:00
Latest 17:26 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
13 Oct, 15:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    15:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

KJ persoal kemerosotan skor Pisa meskipun gred SPM meningkat · Malaysian Attention Engine