
KKM nafi dakwaan kemasukan Rohingya tinggi di hospital kerajaan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KKM nafi dakwaan kemasukan Rohingya tinggi di hospital kerajaan (Harian Metro, 20:59)
Read the reporting
2 reports
KKM nafi dakwaan kemasukan Rohingya tinggi di hospital kerajaan
asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Peratusan kemasukan dan penggunaan perkhidmatan oleh pesakit bukan warganegara termasuk warga Rohingya di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah rendah berbanding jumlah keseluruhan pesakit.
KKM dalam kenyataan berkata, perkhidmatan itu juga kekal dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
Katanya, KKM sentiasa meneliti trend penggunaan kemudahan fasiliti kesihatan oleh golongan bukan warganegara dari semasa ke semasa bagi tujuan perancangan kapasiti dan perlindungan tahap kesihatan awam secara menyeluruh.
Katanya, sistem maklumat dan pendaftaran pesakit KKM mengkategorikan rekod kemasukan secara ketat mengikut status kewarganegaraan, iaitu warganegara dan bukan warganegara.
"Klasifikasi ini adalah penting bagi memastikan pelaksanaan prosedur kutipan caj perubatan yang tepat dilaksanakan di kaunter pendaftaran.
"Secara dasarnya, rekod pendaftaran perubatan tidak dikelaskan mengikut pecahan sub-etnik,"katanya.
Penjelasan ini susulan tular di media sosial mengenai dakwaan semakin ramai warga Rohingya mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan.
Katanya, fasiliti kesihatan KKM dibina dan diutamakan khusus untuk kebajikan serta keperluan perubatan rakyat Malaysia.
KKM berkata, walau bagaimanapun, selaras dengan etika perubatan asas, rawatan perubatan kecemasan bagi menyelamatkan nyawa tetap diberikan kepada mana-mana pesakit mengikut keperluan klinikal yang mendesak.
"Bagi memastikan kelestarian sistem kesihatan awam serta pematuhan tatakelola kewangan, pesakit bukan warganegara, termasuk pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), dikenakan kadar fi penuh berserta deposit yang lebih tinggi mengikut peruntukan di bawah Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014.
"KKM turut menguatkuasakan kutipan hasil melalui pendekatan 'collect before discharge', iaitu mengoptimumkan kutipan deposit dan bayaran caj rawatan semasa pesakit masih berada di wad.
"Bagi pengurusan tunggakan bil, tindakan susulan dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur kewangan, termasuk pengeluaran surat peringatan dan notis undang-undang," katanya.
Selain itu katanya, KKM turut bekerjasama dengan agensi berkaitan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memudah cara bantuan kewangan kepada pesakit yang benar-benar memerlukan tanpa membebankan dana awam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.