Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid43Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Bukit Raja43General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202543General : School Bus Owners, Operators Urged To Update Drivers' Details For RM1,000 Aid - APAD40Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP39Dr Wee schools DAP MP on supplementary allocations39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Bumbung sekolah runtuh di Peshawar, 21 maut38BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia37Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri36General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kolam bekas lombong biji timah jadi lubuk rezeki orang muda

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 13:01 MYTLatest activity 16 Oct, 13:01BMconfidence 60%

What happened

TAPAH – Kegigihan 13 pemuda memulihkan bekas kolam melombong bijih timah untuk menternak ikan secara komersial mampu menjana pendapatan lumayan sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka. (Kosmo!, 13:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

Kolam bekas lombong bijih timah jadi lubuk rezeki orang muda

By MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM · 16 Oct, 13:01 MYT

TAPAH – Kegigihan 13 pemuda memulihkan bekas kolam melombong bijih timah untuk menternak ikan secara komersial mampu menjana pendapatan lumayan sekali gus meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Menurut Zaihazrad Khairudin, 36, kesungguhan menguruskan kolam terbiar sejak lebih setahun lalu itu membuahkan hasil lumayan kerana sekali tuaian mampu menjana pendapatan kasar sehingga RM130,000.

“Ikan seperti tilipia, patin, rohu dan tongsan mendapat permintaan tinggi di pasar borong di seluruh negara selain restoran ikan bakar tanpa mengira kaum Cina dan Melayu.

“Selain itu, penduduk kampung mendapat sumber protein makanan seharian dengan pembelian ikan pada harga yang berpatutan,'” katanya ketika ditemui di kawasan kolam seluas 0.40 hektar di Kampung Sungai Kroh di sini hari ini.

Projek yang diusahakan 13 pemuda berusia lingkungan 20 dan 30-an itu dijana melalui inisiatif Persatuan Penduduk Kampung Baru (M) Ayer Kuning menerusi peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) sebanyak RM100,000.

Selain itu, projek tersebut mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Jabatan Perikanan Perak. Sekali tuaian dianggarkan sebanyak 45,000 kilogram (kg) dengan tempoh pembiakan selama sembilan bulan.

Sementara itu, Nasrul Naim Zamzuree, 21, berkata, selain mampu menjana pendapatan sampingan, dia dapat mempelajari selok-belok penternakan ikan dalam menjadi usahawan akuakultur pada masa hadapan.

“Bidang ini mempunyai potensi besar selain menjamin keterjaminan makanan negara. Tidak perlu takut dengan permintaan kerana ikan merupakan antara makanan ruji rakyat selain boleh dibuat produk hiliran seperti pekasam,” katanya.

Bagi pengusaha kedai makan, Mohd. Faizal Suartam, 40, dia kini tidak khuatir mengenai bekalan ikan untuk penyediaan lauk-pauk kepada pelanggan.

Katanya, ikan-ikan yang diperoleh dari kolam tersebut berkualiti tinggi kerana palet bermutu tinggi selain kurang berbau hanyir dan mudah diproses.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Baru (M) Ayer Kuning, Zamzuree Mohd. Isa berkata, hasil jualan ikan tersebut turut memanfaatkan lebih 200 penduduk melalui program kebajikan dan kemasyarakatan. – KOSMO! ONLINE

The post Kolam bekas lombong bijih timah jadi lubuk rezeki orang muda appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:13 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
16 Oct, 13:01 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.