
Kos penjagaan RM1,000 sebulan, suami buntu isteri terlantar strok
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kos penjagaan RM1,000 sebulan, suami buntu isteri terlantar strok (Harian Metro, 11:41)
Read the reporting
1 report
Kos penjagaan RM1,000 sebulan, suami buntu isteri terlantar strok
am@hmetro.com.my
Padang Besar: Seorang suami buntu memikirkan nasib keluarganya apabila terpaksa mengehadkan masa mengambil upah melakukan kerja kampung demi menjaga isteri yang terlantar akibat strok dan pendarahan dalam otak.
Norizan Harun, 54, dari FELDA Chuping, berkata isterinya, Junalita Napiah, 53, kini bergantung sepenuhnya kepada dia selepas diserang strok awal Oktober lalu yang menyebabkan separuh badannya lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Beliau berkata, detik hitam yang menimpa keluarganya bermula kira-kira tiga bulan lalu apabila isteri sering pening dan pengsan, sebelum pemeriksaan hospital mendapati terdapat pendarahan di kepalanya.
"Pada mulanya keadaan isteri makin teruk sehingga matanya tidak boleh dibuka dan tidak mampu bercakap. Selepas imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor beritahu ada pendarahan di kepala yang sedang membesar.
"Malam itu juga isteri terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Alor Setar untuk pembedahan. Syukur pembedahan itu berjaya dan isteri kembali sihat serta boleh menguruskan dirinya," katanya ketika ditemui di kediamannya.
Bagaimanapun, Norizan berkata, keadaan kesihatan isterinya kembali merosot apabila diserang sawan awal bulan ini yang akhirnya mengakibatkan serangan strok.
"Sejak serangan strok itu rutin harian berubah sepenuhnya kerana perlu menguruskan isteri, termasuk memberikan susu dan ubat yang dihancurkan melalui tiub khas.
"Saya sebelum ini hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Apabila jadi begini, saya terpaksa fokus kepada isteri dan hanya mampu keluar bekerja untuk tempoh yang sangat singkat.
"Kos penjagaannya kini dianggarkan mencecah RM1,000 sebulan. Isteri memerlukan sekurang-kurangnya 20 pek lampin pakai buang sebulan, selain kos membeli susu dan menukar tiub makanan secara sendiri," katanya yang mempunyai lima anak berusia 13 tahun hingga 20-an.
Norizan berkata, memandangkan keadaan isterinya yang baharu sahaja diserang strok, beliau masih belum berkesempatan memohon sebarang bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahupun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung terus dengan Norizan di talian 012-653 7562.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.