Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 1 h ago

KPK CADANG TUBUH TABUNG BENCANA DAN KAWALAN PENYAKIT AGRIKOMODITI DALAM BELANJAWAN 2027

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
25
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 8 Oct, 23:26 MYTLatest activity 9 Oct, 07:35BMconfidence 73%

What happened

KPK CADANG TUBUH TABUNG BENCANA DAN KAWALAN PENYAKIT AGRIKOMODITI DALAM BELANJAWAN 2027 (Google News Malaysia (BM), 23:26)

Read the reporting

2 reports
Photo: bernama.com
bernama.com·News·BM·1 min read

KPK CADANG TUBUH TABUNG BENCANA DAN KAWALAN PENYAKIT AGRIKOMODITI DALAM BELANJAWAN 2027

8 Oct, 23:26 MYT

EKONOMI

08/10/2026 11:26 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.

Menurut KPK, tabung tersebut akan memperkukuhkan keupayaan kerajaan untuk bertindak dengan lebih cepat dan tersusun terhadap bencana yang menjejaskan tanaman, khususnya sawit, getah dan lada.

Kementerian itu memaklumkan bahawa dalam konteks sektor agrikomoditi, ketika ini tiada skim perlindungan pendapatan diperkenalkan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat fenomena El Nino.

"Pelaksanaan program dan perancangan masa hadapan merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan kementerian ini untuk membantu pekebun kecil menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan pendapatan, termasuk turun naik harga komoditi, kos input, kemerosotan produktiviti dan penyakit tanaman.

“Walaupun program itu bukan skim pampasan khusus hilang pendapatan akibat El Nino, manfaat program berkenaan adalah untuk menyokong kelangsungan dan kesejahteraan pekebun kecil secara keseluruhannya,” menurut KPK dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan memperkenalkan skim perlindungan pendapatan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat El Nino.

Selain itu, KPK menjelaskan antara bantuan yang sedang dilaksanakan termasuk BUDI Agri-Komoditi yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM400 kepada pekebun kecil persendirian yang layak.

Menurut kementerian itu juga, sehingga September 2026, seramai 431,089 pekebun kecil tanaman sawit, getah, koko, lada dan kenaf dikenal pasti layak menerima bantuan itu, dengan 227,378 permohonan telah diluluskan.

Bagi pekebun kecil getah pula, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM800 bagi 2026 disediakan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

-- BERNAMA

KATA KUNCI

BERITA BERKAITAN

LAGI BERITA

Text and pictures from bernama.com, shown with attribution.Read at bernama.com

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 39NEWnow08:00
Latest 08:53 MYT
25New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Spread
    YouTube discussion begins (Astro AWANI (YouTube)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Astro AWANI (YouTube)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 23:26 MYT
Origin confidence 90% · 469 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    23:26
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Astro AWANI (YouTube)
    07:14 · +469 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

KPK cadang tabung bencana sektor agrikomoditi
Astro AWANI (YouTube)YouTubemainstreamBM
KPK cadang tabung bencana sektor agrikomoditi
Astro AWANI (YouTube)YouTubemainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.