
KPT pantau rapat keselamatan penuntut Malaysia di Paris, Milan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapat keadaan semasa penuntut Malaysia di Paris, Perancis dan Milan di Itali susulan insiden rusuhan melanda beberapa lokasi di kota berkenaan. (Berita Harian, 14:07)
Read the reporting
1 report
KPT pantau rapat keselamatan penuntut Malaysia di Paris, Milan
KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapat keadaan semasa penuntut Malaysia di Paris, Perancis dan Milan di Itali susulan insiden rusuhan melanda beberapa lokasi di kota berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi memastikan keselamatan serta kebajikan semua penuntut di kawasan terjejas sentiasa terpelihara.
"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan berhubung penuntut terbabit secara langsung dalam kejadian berkenaan.
"Setakat ini, insiden itu hanya menjejaskan pergerakan harian penuntut, khususnya untuk ke kampus atau melakukan urusan peribadi di kawasan tertentu.
"Kita memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan meminta semua penuntut serta rakyat Malaysia mengambil langkah berwaspada dengan mengelakkan kawasan rusuhan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Pengiktirafan Status Universiti Penuh kepada Kolej Universiti i-CATS (ICATS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Zambry berkata, nasihat dan garis panduan keselamatan sudah dikeluarkan pihak kedutaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang tempoh ini.
Katanya, jika keadaan semakin meruncing, kementerian bersedia mengambil langkah susulan termasuk memindahkan penuntut ke lokasi lebih selamat seperti kedutaan Malaysia.
Terdahulu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Zambry menyaksikan penyerahan surat pengiktirafan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman kepada Naib Canselor ICATS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.
Mengenai status terkini Kolej Universiti ICATS yang secara rasminya dinaik taraf kepada universiti penuh, Zambry berkata, penaiktarafan itu selaras dengan komitmen kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memperkukuhkan institusi pengajian tinggi serta memperkasakan pembangunan modal insan di Sarawak.
"Penubuhan universiti penuh ini dijangka mampu memperluaskan pelbagai program pengajian tinggi mendesak, khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan kejuruteraan bagi menampung keperluan industri tempatan.
"Langkah penjenamaan dan peningkatan status itu dijangka memperkukuh lagi ekosistem pendidikan tinggi di Sarawak dalam melahirkan modal insan berkualiti," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.