
Krisis El Nino: Operasi pembenihan awan segera dilakukan di Sarawak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Krisis El Nino: Operasi pembenihan awan segera dilakukan di Sarawak (Harian Metro, 03:57)
Read the reporting
1 report
Krisis El Nino: Operasi pembenihan awan segera dilakukan di Sarawak
am@hmetro.com.my
Kuching: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 Sarawak bermula hari ini sehingga lusa dengan tumpuan di kawasan empangan utama negeri ini bagi memastikan bekalan air mencukupi susulan fenomena El Nino.
Operasi berkenaan dilaksanakan mengikut dua zon ditetapkan METMalaysia, membabitkan beberapa empangan yang memerlukan tambahan takungan air hujan bagi mengelakkan paras air berada pada tahap kritikal.
Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), operasi hari ini ditumpukan di kawasan empangan di Belaga iaitu Bakun dan Murum, selain empangan Sika dan Assyakirin di Bintulu.
OPA membabitkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Sarawak Water, Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).
Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam operasi itu membawa empat tangki air bersama larutan garam masing-masing berkapasiti 1,500 liter.
Pesawat berkenaan kemudian melakukan penerbangan ke Empangan Batang Ai dan Bengoh bagi menjalankan tinjauan sebagai persediaan operasi pembenihan awan yang dijadualkan esok.
OPA tidak dilaksanakan di Empangan Batang Ai dan Bengoh hari ini berikutan kemungkinan awan bergerak memasuki ruang udara Kalimantan, Indonesia.
Fenomena El Nino menyebabkan beberapa empangan utama di Sarawak, termasuk Bakun, Murum, Bengoh dan Batang Ai, memerlukan tambahan hujan bagi membantu mengekalkan paras takungan pada tahap selamat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro03:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.