Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Krisis NS tak gugat minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:00 MYTLatest activity 11 Oct, 07:00BMconfidence 60%

What happened

Penganalisis percaya krisis adat di Negeri Sembilan tidak beri kesan kepada PAS, yang komited menjalin kerjasama dengan Umno. PETALING JAYA: Krisis adat di Negeri Sembilan tidak memberi kesan ke atas minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno, walaupun isu itu berpotensi mengundang tekanan hebat kepada kedua-dua parti, menurut penganalisis. (Free Malaysia Today, 07:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·1 min read

Krisis NS tak gugat minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno

By Faiz Zainudin · 11 Oct, 07:00 MYT

Penganalisis percaya krisis adat di Negeri Sembilan tidak beri kesan kepada PAS, yang komited menjalin kerjasama dengan Umno. PETALING JAYA: Krisis adat di Negeri Sembilan tidak memberi kesan ke atas minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno, walaupun isu itu berpotensi mengundang tekanan hebat kepada kedua-dua parti, menurut penganalisis.

Mazlan Ali. Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, perkembangan di Melaka menunjukkan komitmen PAS untuk bekerjasama dengan Umno, malah sedia menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), sekaligus memberi gambaran bahawa situasi di Negeri Sembilan tiada kesan ke atas PAS.

"Isu di Negeri Sembilan tidak sangat memberi kesan kepada PAS. Mereka masih melihat kerjasama dengan Umno penting dan tidak cuba menjauhkan diri," katanya kepada FMT.

Mazlan menambah tidak semua rakyat menyalahkan BN atau Perikatan Nasional (PN) atas krisis di Negeri Sembilan, mengatakan terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan pengundi di bandar dan luar bandar, termasuk pengundi atas pagar.

Awang Azman Awang Pawi. Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata, perbezaan pandangan berhubung krisis adat di Negeri Sembilan tidak semestinya bermakna kerjasama antara BN-PN akan retak.

"Umno mempunyai ruang untuk menjelaskan kedudukan dan tanggungjawabnya secara terbuka tanpa menafikan pandangan berbeza daripada rakan," katanya.

Semalam, Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan PAS dan BN sudah mencapai suatu persetujuan asas dalam rundingan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka yang dijadualkan pada 14 Nov, namun pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dibincangkan.

Seorang Adun PAS, iaitu Fairuz Isa (Serting), ialah salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan dalam pentadbiran Ismail Lasim.

Pelantikan beliau serta ahli-ahli exco lain dibatalkan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 21 Sept lalu, selepas mendapati mereka telah memungkiri sumpah jawatan.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 21NEWnow09:00
Latest 09:57 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
11 Oct, 07:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    07:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Krisis NS tak gugat minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno · Malaysian Attention Engine