Malaysian Attention Engine
Live wire
57Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games49Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar47Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor45YouTrip outage in Singapore and Thailand | The Straits Times44General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting43Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November40Shafie gesa lahir lebih ramai doktor tempatan di Sabah, Sarawak38Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan37Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar35Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
NewConfirmedupdated 2 h ago

Krisis Undang Luak Rembau: Kekecohan berlaku di Balai Undang

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 13:40 MYTLatest activity 19 Oct, 14:21BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Keadaan di Balai Undang Luak Rembau kecoh pagi tadi apabila berlaku percubaan menghalang petugas yang menyokong Datuk Abdul Rahim Yasin sebagai Undang Luak Rembau ke-22 daripada memasuki premis berkenaan. (Berita Harian, 13:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Krisis Undang Luak Rembau: Kekecohan berlaku di Balai Undang

By Suraya Ali · 19 Oct, 13:40 MYT

KUALA LUMPUR: Keadaan di Balai Undang Luak Rembau kecoh pagi tadi apabila berlaku percubaan menghalang petugas yang menyokong Datuk Abdul Rahim Yasin sebagai Undang Luak Rembau ke-22 daripada memasuki premis berkenaan.

Insiden kecoh yang berlarutan hampir dua jam bermula kira-kira jam 9.45 pagi membabitkan pihak Datuk Hassan Ab Hamid sebelum kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan isu berkenaan menerusi saluran mahkamah.

Peguam mewakili Abdul Rahim, Emirul Sarifudin Nor Azmi, mendakwa tindakan menghalang kemasukan petugas berkenaan adalah tidak sah dari segi undang-undang.

"Pihak-pihak telah bersetuju bahawa sebarang tindakan hendaklah berlandaskan undang-undang serta prinsip Raja Berperlembagaan. Arahan mahkamah pada kes pengosongan (eviction) sebelum ini juga menetapkan kes perlu difailkan semula atas nama Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

"Polis tidak boleh bertindak secara paksa tanpa Perintah Mahkamah yang sah. Malah, Pengarah Tanah dan Galian juga perlu mendapatkan kebenaran Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan atau Menteri Besar terlebih dahulu untuk memulakan sebarang tindakan berkenaan pentadbiran Tanah Rizab," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Emirul Sarifudin turut bertindak mewakili Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin dalam isu berkaitan.

Krisis pimpinan dan keabsahan institusi adat Luak Rembau ini berpanjangan sejak April lalu berikutan pertikaian mengenai keabsahan penyandang jawatan berkenaan.

Pada 29 Jun lalu, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau mengeluarkan surat rasmi mengarahkan pengosongan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Rembau serta-merta.

Langkah itu diambil berpandukan keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) bagi membolehkan pihak yang diiktiraf mengambil alih fasiliti rasmi pentadbiran Luak Rembau.

Susulan itu, kerajaan Negeri Sembilan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban pada Ogos lalu bagi mendapatkan perintah pengosongan premis adat berkenaan daripada Abdul Rahim.

Bagaimanapun, pada 24 Ogos, Mahkamah Tinggi Seremban menolak saman pemula kerajaan negeri atas alasan kerajaan negeri tidak mempunyai locus standi (hak disisi undang-undang) untuk campur tangan dalam permohonan pengosongan premis adat. Mahkamah memutuskan isu keabsahan jawatan dan premis berkenaan tertakluk di bawah ranah Adat Perpatih dan Perlembagaan Negeri.

Kemelut berkenaan berlanjutan sehingga Oktober apabila satu permohonan semakan kehakiman difailkan beberapa pembesar adat termasuk Abdul Rahim berhubung pertikaian pengisytiharan dan proklamasi kedudukan institusi tertinggi negeri.

Permohonan itu bagaimanapun ditarik balik kemudiannya oleh pihak pemohon.

Pihak pentadbiran negeri dan pengkritik berhujah pemohon tidak mempunyai locus standi berikutan pengiktirafan rasmi Hassan oleh DKU.

Krisis adat berkenaan mencetuskan ketegangan apabila lebih 10 pemimpin utama adat Luak Rembau mendakwa tidak dimaklumkan berhubung majlis istiadat mengadap Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada 25 Jun lalu bagi menzahirkan penzahiran Undang Luak Rembau yang baharu.

Kumpulan pembesar adat berkenaan kekal dengan pendirian menyokong Abdul Rahim sebagai Undang Luak Rembau ke-22 yang didakwa telah dilantik dan dimasyhurkan mengikut adat lebih awal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:40 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 13:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.