
Lahir normal, Aulia kini derita Cerebral Palsy dan rosak buah pinggang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Lahir normal, Aulia kini derita Cerebral Palsy dan rosak buah pinggang (Harian Metro, 17:15)
Read the reporting
1 report
Lahir normal, Aulia kini derita Cerebral Palsy dan rosak buah pinggang
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Segamat: Hati ibu mana tidak luluh apabila melihat anak yang dilahirkan normal namun kini menderita akibat Cerebral Palsy (CP), masalah tisu otak, gelombang kepala tidak sekata dan komplikasi buah pinggang.
Bukan mudah untuk menerima hakikat itu, malah Nurul Huda Ismail, 33, seakan tidak percaya namun itulah realiti perlu diterimanya dan suami, Mohd Alif Ikuwan Zulkeply, 32, terhadap takdir anak sulung mereka, Nur Aulia Nafisah, 4, atau Aulia.
Menceritakan kisah itu, Nurul Huda berkata, CP dan masalah tisu otak dikesan ketika Aulia berumur dua tahun manakala gelombang kepala tidak sekata dan komplikasi buah pinggang didiagnos April lalu.
Lebih menyedihkan apabila Aulia disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU) selepas tidak boleh berjalan dan hilang keupayaan bertutur jadi hanya mampu meronta untuk menzahirkan kesakitannya.
"Aulia dilahirkan normal namun kerap keluar masuk hospital sejak berumur dua bulan sampai empat tahun kerana dia pun ada ekzema iaitu penyakit kulit.
"Susu pun tak boleh sembarangan kerana perlu cari yang sesuai dan awalnya tak dapat kesan apa penyakit sebenarnya.
"Cuma waktu umur dua bulan, ada buat ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) dan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).
"Mulanya doktor ingatkan Aulia menghidap hidrosefalus, rupanya ada masalah tisu otak. Tidak lama lalu, Aulia diuji lagi selepas menghidap masalah buah pinggang," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Nurul Huda yang menetap di Buloh Kasap, di sini berkata, dia suri rumah sepenuh masa dan kini hamil anak keempat dengan kandungan sudah berusia tiga bulan jadi perlu menjaga emosi supaya tidak tertekan.
Katanya, suami banyak membantu walaupun ada komitmen kerja malah sering memberi semangat supaya dia tidak berputus asa.
"Mencabar kerana Aulia asalnya anak yang mudah dijaga dan tidak banyak meragam walaupun ketika demam.
"Sekarang berbeza kerana kerap meronta dan 'tak makan' pujuk.
"Tapi disebabkan bergelar suri rumah, saya banyak habiskan masa dengannya. Ikutkan hati memang nak bekerja bagi membantu suami tapi tak berani dan tak sampai hati nak bagi orang lain jaga Aulia," katanya.
Berkongsi perkembangan terbaru, Nurul Huda berkata, anaknya perlu menjalani ujian genetik darah di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, sampel darah itu perlu dihantar ke Korea Selatan dan mengambil masa untuk mengetahui keputusannya namun tempoh minimum tiga bulan jika mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Sebagai ibu, Nurul Huda berkata, dia belum patah semangat malah masih ada keyakinan dan keinginan melihat anaknya kembali sihat.
"Saya nak Aulia sihat saja malah tak kisah jika perlu berhabis duit untuknya.
"Sedih tengok Aulia sekarang kerana tak dapat berjalan malah perlu didukung memandangkan keadaan lututnya yang lembik," katanya yang menerima elaun bulanan penjaga pesakit sebanyak RM500 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menggunakan wang diterima bagi membeli susu juga lampin pakai buang.
Sementara itu, suaminya, Mohd Alif Ikuwan juga tidak sampai hati melihat anaknya menanggung derita itu.
"Aulia anak sulung dan rapat dengan saya jadi terkesan apabila melihat keadaannya.
"Tapi saya dan isteri tidak akan berputus asa untuk berikhtiar kerana nak dia kembali sihat walaupun tiada jaminan," katanya yang kini berkhidmat sebagai anggota di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 151520084794 atas nama Nurul Huda Ismail.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.