Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting40Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke39Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00039Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia38Kepercayaan terhadap AI bergantung pada jaminan keselamatan – Josephine Teo33Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat32Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah31Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut31World : September 2026 Second-Warmest On Record As Global Temperatures Remain Above 1.5 Degrees29Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok28Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM28General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Lauk telur sos jadi kenangan terakhir, kanak-kanak 10 tahun reda kehilangan ibu, dua beradik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 23:12 MYTLatest activity 12 Oct, 23:12BMconfidence 60%

What happened

Lauk telur sos jadi kenangan terakhir, kanak-kanak 10 tahun reda kehilangan ibu, dua beradik (Harian Metro, 23:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Lauk telur sos jadi kenangan terakhir, kanak-kanak 10 tahun reda kehilangan ibu, dua beradik

By Amirul Aiman Hamsuddin · 12 Oct, 23:12 MYT

am@hmetro.com.my

Tanjong Karang: Perbualan singkat selama lima minit bersama insan tersayang menjadi memori yang akan diingati Ahmad Syah Fitri Suhaimi sehingga akhir hayat.

Ini selepas anak kelima daripada enam beradik itu terselamat dalam nahas dua kenderaan di Bukit Talang, Jalan Raja Musa, di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu ibunya, Norawalysa Mat Talpi, 44, bersama dua anak, Auni Syazana, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz, 8, maut di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dinaiki empat beranak itu merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar pecah.

Menceritakan semula tragedi itu, Ahmad Syah Fitri, 10 berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah sempat berbual ringkas sebelum tertidur di kerusi baris ketiga.

"Saya tak ingat apa yang terjadi. Hanya tersedar apabila orang ramai keluarkan saya dan waktu itu tidak terlintas di fikiran ibu dan adik-adik masih ada dalam kereta.

"Saya mengetahui mereka meninggal dunia selepas dimaklumkan ayah ketika menerima rawatan di hospital," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Serong, di sini hari ini.

Ahmad Syah Fitri berkata, dia tidak menyangka permintaannya kepada arwah ibunya untuk memasak lauk telur sos sehari sebelum kejadian akan menjadi kenangan terakhir.

"Meskipun terkejut dengan kejadian ini, saya reda dan hanya mampu mendoakan mereka supaya tenang di alam sana," katanya.

Sementara itu, suami Allahyarham, Suhaimi Mohamad Jajuli, 44, berkata, anak lelakinya itu dibenarkan keluar dari Hospital Tanjong Karang, kelmarin.

"Insya-Allah, esok doktor akan buka jahitan di mata kiri dan kepala anak. Doktor juga memintanya supaya berehat di rumah sehingga keadaan pulih seperti sedia kala.

"Pada masa sama, saya bercadang untuk memindahkannya ke sekolah berhampiran dengan rumah dalam tempoh terdekat," katanya.

Suhaimi berkata, dia berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus mendoakan keluarganya untuk meneruskan kehidupan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 23:24 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 23:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    23:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.