Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Lebih 340 kanak-kanak terbunuh setahun selepas gencatan senjata Israel-Hamas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
16
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:11 MYTLatest activity 17 Oct, 09:49ENBMconfidence 63%

What happened

LONDON: Lebih 340 kanak-kanak di Gaza terbunuh, manakala ratusan lagi cedera sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas diumumkan pada 10 Oktober lalu, menurut Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Ricardo Pires, semalam. (Berita Harian, 09:11)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Lebih 340 kanak-kanak terbunuh setahun selepas gencatan senjata Israel-Hamas

By Agensi · 17 Oct, 09:11 MYT

LONDON: Lebih 340 kanak-kanak di Gaza terbunuh, manakala ratusan lagi cedera sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas diumumkan pada 10 Oktober lalu, menurut Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Ricardo Pires, semalam.

Memetik laporan Arab News, Pires berkata, bagi keluarga yang meratapi kehilangan anak mereka, statistik mengerikan itu sama sekali tidak menggambarkan suasana gencatan senjata.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam satu wawancara di Geneva.

Katanya, lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan dilaporkan terbunuh, selain sekurang-kurangnya 33 kanak-kanak cedera parah dalam serangan udara, dron dan tembakan di seluruh Gaza dalam tempoh dua minggu lalu.

Kira-kira 800,000 kanak-kanak dilaporkan terjejas akibat konflik di wilayah itu, yang bermula pada Oktober 2023.

Kebanyakan mereka tinggal di khemah atau bangunan yang rosak teruk.

Dianggarkan 60,000 kanak-kanak kehilangan sama ada ibu atau bapa, mahupun kedua-duanya semasa perang atau sejak gencatan senjata, dengan hampir setiap daripada mereka memerlukan sokongan kesihatan mental.

Antara yang menanggung beban konflik ialah Norhan, 16, susulan ibunya ditembak mati ketika hamil lapan bulan.

Pires berkata, bapa Norhan adalah orang kurang upaya (OKU), justeru tugas menjaga adik perempuannya yang berusia setahun, memasak, mengemas semua dilakukan sendiri.

Dia juga membantu tiga adik-beradiknya yang lain untuk mengulangkaji pelajaran selepas mereka pulang dari pusat pembelajaran yang disokong UNICEF.

Pires turut memberi amaran, pemulihan kanak-kanak bergantung pada aliran berterusan bantuan kemanusiaan dan barangan komersial.

'Kita tidak boleh kembali ke situasi di mana kanak-kanak dan keluarga di sini tidak mendapat semua bekalan, barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan,' katanya.

Amaran itu datang ketika musim sejuk semakin hampir, sekali gus menambah kesukaran yang dihadapi keluarga yang terjejas akibat perang terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
16New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. Language
    First English coverage (The Vibes) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 09:11 MYT
Origin confidence 90% · 37 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:11
  2. Step 2
    News
    The Vibes
    09:49 · +37 min

Internet reaction

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Lebih 340 kanak-kanak terbunuh setahun selepas gencatan senjata Israel-Hamas · Malaysian Attention Engine