
LEGASI sasar Sepanyol tuan rumah Persidangan Antarabangsa Islam dan Ekonomi Halal 2027
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) bercadang membawa Persidangan Antarabangsa Islam dan Ekonomi Halal (ICIHES) ke Sepanyol, tahun depan. (Berita Harian, 12:54)
Read the reporting
1 report
LEGASI sasar Sepanyol tuan rumah Persidangan Antarabangsa Islam dan Ekonomi Halal 2027
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) bercadang membawa Persidangan Antarabangsa Islam dan Ekonomi Halal (ICIHES) ke Sepanyol, tahun depan.
Ia susulan sambutan memberangsangkan terhadap penganjuran persidangan itu di Burapha, Thailand, minggu lalu yang mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali berlangsung di luar negara minoriti Islam, sekali gus memperlihatkan potensi penerimaan konsep ekonomi halal dalam konteks masyarakat antarabangsa yang berbeza.
Pengerusi LEGASI, Datuk Jefridin Atan, berkata kejayaan di Burapha memberi keyakinan kepada pertubuhan itu untuk membawa persidangan berkenaan ke peringkat antarabangsa yang lebih luas.
"Cadangan ke negara Eropah itu mengambil kira hubungan kerjasama yang terjalin sejak 2019, sekali gus membuka ruang memperluas perkongsian ilmu, penyelidikan dan pembangunan ekonomi halal di negara bukan majoriti Islam di Eropah.
"LEGASI melihat Sepanyol sebagai destinasi berpotensi bagi penganjuran edisi seterusnya, khususnya menerusi kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pertubuhan berkaitan tamadun Islam di negara itu.
"Antara institusi yang dikenal pasti untuk meneroka kerjasama ialah University of Seville dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tres Culturas, yang berpotensi menjadi rakan strategik dalam memperkukuh hubungan akademik dan pertukaran kepakaran," katanya.
Beliau menjelaskan demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini selepas berakhirnya persidangan dua hari ICIHES Ke-4 di Burapha University International College (BUUIC) di Chonburi, Thailand, kelmarin.
Jefridin berkata, hubungan dengan pihak di Sepanyol itu mempunyai asas menerusi penyertaan LEGASI dan kerjasama dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Islam pada 2019 yang turut dihadiri Penaung dan Pengasas LEGASI, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
LEGASI menjadi rakan strategik ICIHES sejak penganjuran pertama pada 2023 melalui penyediaan dana endowmen kepada Fakulti Ekonomi (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi meneruskan agenda pembangunan industri halal yang diperjuangkan Allahyarham Abdullah.
Sementara itu, Pemegang Amanah Dana Endowmen Ekonomi Halal (DEEH), Prof Madya Dr Muhammad Hakimi Shafiai, berkata kerjasama dengan universiti terpilih di Sepanyol itu membuka peluang LEGASI membangunkan pendekatan ekonomi halal berasaskan konsep mesra Muslim yang sesuai dengan keperluan masyarakat setempat.
"Selain itu, program pertukaran pensyarah dan pelajar bagi memperkukuh perkongsian ilmu antara institusi kedua-dua negara. Cadangan penganjuran ICIHES di Sepanyol itu untuk meneroka bentuk kerjasama bersesuaian, termasuk penyelidikan bersama, pembangunan komuniti, pertukaran akademik dan penglibatan pihak industri," katanya.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan di FEP UKM dan Setiausaha Agung LEGASI, berkata beberapa bidang kerjasama, termasuk kajian norma budaya masyarakat Muslim tempatan, analisis keperluan pelancong Muslim dan pemetaan kemudahan mesra Muslim sedia ada juga akan diterokai.
"Kerjasama itu turut merangkumi latihan kesedaran halal, syarahan jemputan, program latihan tenaga pengajar serta pertukaran pelajar bagi menjalankan kajian lapangan," tambahnya menegaskan pembangunan modal insan penting bagi memastikan ilmu, penyelidikan dan kepakaran dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk industri dan masyarakat.
Pendekatan di Sepanyol nanti boleh mengambil contoh kerjasama UKM dengan BUUIC seperti membangunkan destinasi mesra Muslim melalui penyelidikan, latihan industri hospitaliti, mobiliti akademik dan pertukaran pelajar.
ICIHES yang sebelum ini berlangsung di Putrajaya pada 2023, Johor Bahru 2024, Yogyakarta, Indonesia pada 2025 dan terbaharu di Chonburi, diharap dapat terus menjadi platform antarabangsa menghubungkan kepakaran akademik, keperluan industri dan pembangunan komuniti, selain memperluas pemahaman mengenai ekonomi halal dalam pelbagai latar masyarakat dan negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.