
Legasi Team miliki kekuatan tersendiri
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Legasi Team miliki kekuatan tersendiri
mohdsyazwan@hmetro.com.my
Sungai Petani: Biarpun mungkin dianggap sekadar pasukan kampung, Legasi Team tidak gentar berdepan cabaran regu yang mempunyai nama besar mahupun pasukan daripada akademi terkenal apabila turun beraksi pada Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Utara, 16 hingga 17 Oktober ini.
Pengurus pasukan, Muhammad Faris bin Mohd Azli Fasya berkata, anak buahnya giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan yang dijangka sengit di The Arena of Sport, Sungai Petani, Kedah.
Menurutnya, walaupun bakal berdepan pasukan mempunyai nama besar dan pendedahan lebih luas, Legasi Team tetap yakin dengan kemampuan sendiri serta bersedia memberikan tentangan kepada setiap lawan.
Katanya, pemain pasukannya menjalani latihan pada setiap petang selain mewakili sekolah, sekali gus menjadi persediaan untuk menghadapi cabaran pada kejohanan berkenaan.
"Kami berlatih sebaik mungkin untuk menghadapi pasukan lain yang dilihat berlatih setiap hari. Kami semua bermain pada waktu petang dan mewakili sekolah, tetapi kami tidak gentar serta yakin boleh memberikan cabaran.
"Kalau boleh, kami mahu semua perlawanan berjalan dengan lancar," katanya.
Sementara itu, saingan Zon Utara dijangka menarik perhatian apabila sebanyak 34 pasukan bakal mengambil bahagian, sekali gus menghimpunkan barisan regu daripada pelbagai latar belakang termasuk beberapa nama besar dari sekolah sukan terkenal seluruh negara.
Penyertaan pasukan berkenaan pastinya menjanjikan persaingan menarik apabila masing-masing membawa misi tersendiri untuk memburu gelaran juara, selain menguji kemampuan pemain dalam kejohanan yang menyediakan pentas persaingan kompetitif buat bakat muda sepak takraw.
Kehadiran pasukan daripada sekolah sukan dan akademi terkenal turut membuka peluang kepada regu lain untuk mengukur tahap permainan masing-masing, sekali gus membuktikan kemampuan mereka bersaing dengan pasukan yang lebih mendapat perhatian.
Bagi Legasi Team, status sebagai pasukan yang mungkin kurang dikenali bukan alasan untuk mengalah sebelum turun ke gelanggang, sebaliknya peluang membuktikan bahawa semangat berpasukan dan persiapan rapi mampu menjadi bekalan penting dalam menghadapi lawan.
Selepas saingan Zon Utara, Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 akan diteruskan ke Zon Timur di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu.
Saingan Zon Tengah-Selatan pula akan dijadualkan semula dengan tarikh baharu dimuktamadkan kelak susulan penundaan sebelum ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat.
Kejohanan itu kemudian dijadualkan melabuhkan tirai menerusi Pentas Akhir di Akademi Sepaktakraw, Kuala Lumpur, yang bakal menghimpunkan pasukan layak untuk merebut gelaran juara keseluruhan.
Pendaftaran bagi Zon Utara masih boleh dibuat di https://forms.gle/jArxA3gGSeKd18aV9.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.