
Lelaki cedera selepas selisih faham di jalan raya
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Seorang lelaki cedera di bahagian siku dan lutut selepas terlibat dalam kejadian perselisihan faham dengan seorang lagi pemandu di jalan raya di sini, semalam. (Kosmo!, 13:49)
Read the reporting
1 report
Lelaki cedera selepas selisih faham di jalan raya
PETALING JAYA – Seorang lelaki cedera di bahagian siku dan lutut selepas terlibat dalam kejadian perselisihan faham dengan seorang lagi pemandu di jalan raya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan kira-kira pukul 6.22 petang.
“Siasatan awal mendapati telah berlaku perselisihan faham antara pemandu kereta dan van semasa berada di jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, pemandu van berusia lingkungan 20-an itu memberhentikan kenderaannya sebelum meminta pemandu kereta keluar.
Bagaimanapun, pemandu kereta bertindak menekan pedal minyak sebelum melanggar bahagian kaki kanan pemandu van sehingga mangsa terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan di bahagian siku serta lutut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.
Menurut beliau, polis sedang mengesan pemandu kereta terbabit bagi membantu siasatan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Saksi yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial menerusi satu video yang memaparkan insiden membabitkan sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih dan sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki cedera selepas selisih faham di jalan raya appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.