
Lelaki didakwa culik isteri, bunuh ibu mentua selepas perintah sekatan tamat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Seoul: Seorang wanita yang diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa susulan keganasan rumah tangga menjadi mangsa penculikan suaminya, manakala ibunya dibunuh dalam serangan berkenaan. (Harian Metro, 11:52)
Read the reporting
1 report
Lelaki didakwa culik isteri, bunuh ibu mentua selepas perintah sekatan tamat
Seoul: Seorang wanita yang diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa susulan keganasan rumah tangga menjadi mangsa penculikan suaminya, manakala ibunya dibunuh dalam serangan berkenaan.
Suspek dipercayai berjaya menembusi langkah perlindungan yang diberikan kepada mangsa sebelum melakukan serangan itu, kira-kira 11 hari selepas perintah sekatan terhadapnya tamat pada 30 September lalu.
Memetik Seoul Economic Daily, suspek dikenali Kim, 26, dipercayai menikam leher ibu mentuanya yang berusia lingkungan 50-an berhampiran kediaman mangsa di Munjeong-dong, daerah Songpa, di sini pada jam 5.40 pagi semalam.
Dia kemudian didakwa memaksa bekas isterinya, Choi, 23, masuk ke dalam kenderaan sebelum melarikan diri, manakala mangsa yang ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.
Kim yang menetap di Suwon sebelum ini tinggal berasingan dengan isterinya dan sedang melalui prosiding perceraian.
Menurut polis, Kim berulang kali melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya sehingga mahkamah mengenakan langkah sekatan sementara termasuk mengarahkannya keluar dari kediaman dan melarang dia berada dalam lingkungan 100 meter (m) dari isterinya.
Perintah sekatan itu berkuat kuasa pada 22 Ogos hingga 30 September lalu, manakala polis pada 1 September memberikan Choi jam tangan pintar untuk membuat panggilan kecemasan sebagai antara langkah perlindungan yang ditetapkan.
Pada 30 September, polis turut mengklasifikasikan kes keluarga itu sebagai kes Gred A, iaitu tahap tertinggi bagi risiko keganasan rumah tangga berulang, namun serangan tetap berlaku selepas tempoh perintah sekatan berakhir.
Choi berjaya diselamatkan polis kira-kira jam 10.30 pagi selepas ditinggalkan dalam kereta di kawasan bukit di daerah Yangyang, Wilayah Gangwon.
Suspek dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tebing berhampiran, namun hanya mengalami kecederaan ringan yang membolehkannya ditahan pada jam 12.35 tengah hari.
Polis mendapati jam tangan pintar yang dipakai Choi dimatikan ketika serangan berlaku dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.