
Lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah di sini, semalam, ditangguhkan petang tadi berikutan hujan lebat. (Berita Harian, 23:31)
Read the reporting
1 report
Lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah
KAJANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah di sini, semalam, ditangguhkan petang tadi berikutan hujan lebat.
Mangsa, lelaki berbangsa India berusia lingkungan 40-an, kali terakhir dilihat memakai baju putih ketika dihanyutkan arus sungai berhampiran Jalan Pasir Emas 2 sebelum hilang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 petang semalam, selepas orang awam melaporkan melihat lelaki berkenaan dihanyutkan arus.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba di lokasi enam minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari mangsa.
"Usaha pencarian awal tertumpu di sepanjang tebing sungai sebelum operasi diperluaskan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan unit anjing pengesan (K9).
"Seramai tujuh anggota PPDA tiba di lokasi pada jam 6.38 petang, manakala pos kawalan hadapan dibuka pada jam 6.42 petang bagi menyelaras operasi pencarian," katanya.
Ashrul berkata, anggota penyelamat meneruskan pencarian di sekitar tebing sungai hingga lewat malam tadi, namun mangsa belum ditemui.
Menurutnya, operasi memasuki hari kedua hari ini, dengan anggota penyelamat menggunakan kayak dan bot untuk menyusuri sungai, manakala unit K9 melakukan pencarian di sepanjang tebing.
Tambah beliau, operasi diteruskan sepanjang hari, namun terpaksa ditangguhkan pada jam 4.30 petang berikutan hujan lebat di lokasi kejadian.
"Operasi SAR akan disambung semula esok," katanya.
Beliau berkata, operasi itu membabitkan 23 anggota bomba, lima anggota polis dan dua anggota Bomba Sukarela Malaysia (RBM).
Anggota dari BBP Kajang, Shah Alam dan Pelabuhan Klang, termasuk pasukan penyelamat air serta unit K9, turut digerakkan bagi membantu operasi berkenaan.
Sehingga petang ini, mangsa masih belum ditemukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.