
Lelaki ditemui terbaring berlumuran darah di pusat beli-belah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Lelaki ditemui terbaring berlumuran darah di pusat beli-belah (Harian Metro, 23:47)
Read the reporting
1 report
Lelaki ditemui terbaring berlumuran darah di pusat beli-belah
am@hmetro.com.my
Georgetown: Lelaki ditemukan terbaring dan berlumuran darah berhampiran pusat beli-belah di Lebuh Tek Soon, di sini, hari ini.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi.
Mangsa yang memakai baju hitam dan seluar denim biru terdahulu ditemukan oleh orang awam.
Turut sama di lokasi ialah pasukan polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9.10 malam.
Maklumat terbabit mendakwa terdapat individu dipercayai terjun dari bangunan pusat beli-belah berkenaan.
"Mangsa adalah lelaki warga tempatan berumur 47 tahun dan beralamat di Kuala Lumpur.
"Saksi awam memaklumkan bahawa terlihat mangsa terjun dari parkir tingkat atas pusat beli-belah berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini.
Swee Sake berkata, siasatan awal pada badan mangsa dan sekitar tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.
"Satu Laporan Mati Mengejut (LMM) akan dibuka bagi menjalankan siasatan terhadap kes ini," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.