Malaysian Attention Engine
Live wire
50Putrajaya mulls longer jail terms, higher fines for rail cable theft to protect public safety, says Loke46General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow425 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36190 foreigners held in Pudu entertainment centre raid early today36Business : Zetrix AI Given Until Oct 22 To Remedy Sukuk Breach Or Face Payment Default35Negara ASEAN perlu ambil langkah kolektif atasi jerebu rentas sempadan - MMA34Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy34General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid34Bapa kritikal di ICU, Kmy Kmo mohon doa orang ramai33iPhone Duo pre-orders mostly sold out in Malaysia, Apple Store delivery slips to January 202733Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Lelaki ditahan ketika disyaki cuba curi kabel NKVE didapati miliki dadah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 10:55 MYTLatest activity 17 Oct, 10:55BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan ketika disyaki cuba mencuri kabel di sepanjang Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 15 Oktober lalu, turut didapati memiliki dadah. (Berita Harian, 10:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Lelaki ditahan ketika disyaki cuba curi kabel NKVE didapati miliki dadah

By Austin Camoens · 17 Oct, 10:55 MYT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan ketika disyaki cuba mencuri kabel di sepanjang Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 15 Oktober lalu, turut didapati memiliki dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali, berkata suspek ditahan di Kilometer 26.6 lebuh raya berkenaan, di laluan dari Bukit Lanjan menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Katanya, lelaki itu terlebih dahulu dikesan oleh seorang kontraktor kecil yang kemudian memaklumkan perkembangan berkenaan kepada pasukan Kenderaan Peronda Bergerak Lebuhraya (EMPV) NKVE.

"Pasukan peronda sedang menjalankan tugas rutin pencegahan kemalangan dan penguatkuasaan trafik sebelum menerima maklumat mengenai kegiatan mencuri kabel yang disyaki itu.

"Setibanya di lokasi, pasukan berkenaan menemui suspek yang sudah ditahan oleh kontraktor kecil terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammed Hasbullah berkata, pemeriksaan terhadap suspek dan beg silang berwarna hitam miliknya menemui beberapa jenis dadah yang disyaki bahan terlarang.

"Antaranya, 0.5 gram daun kering yang dipercayai ganja, enam paket mengandungi 5.5 gram bahan disyaki methamphetamine dan dua pil yaba seberat 0.5 gram. Polis turut menemui sebiji botol yang dipercayai digunakan untuk mengambil dadah," katanya.

Mohammed Hasbullah berkata, kontraktor kecil terbabit turut menyerahkan beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan cubaan mencuri kabel berkenaan.

Katanya, barangan itu antaranya kabel elektrik, gergaji tanpa wayar, bateri gergaji, sebatang pengumpil, pisau utiliti, lampu suluh dan 10 cakera pemotong.

"Suspek ditahan manakala semua barangan dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Semalam, dilaporkan kegiatan pencurian kabel terus menyasarkan infrastruktur pengangkutan, dengan kejadian terbaharu membabitkan Laluan MRT Kajang dan NKVE yang menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan.

Dalam kejadian terbaharu itu, kabel sepanjang kira-kira 100 meter dipotong di antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara pada awal pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:0012:0013:00
Latest 13:05 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 10:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Lelaki ditahan ketika disyaki cuba curi kabel NKVE didapati miliki dadah · Malaysian Attention Engine