Lelaki lari tinggalkan motosikal selepas cubaan mencuri gagal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUANTAN – Cubaan seorang lelaki untuk melarikan barangan dari sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini tidak kesampaian apabila tindakannya disedari pemilik kediaman terbabit, memaksa suspek melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut sehingga meninggalkan motosikal yang digunakan di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian awal pagi Khamis itu, suspek dipercayai gagal membawa lari sebarang barangan dan melarikan diri dengan tangan kosong.Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa dengan (Sinar Harian, 12:00)
Read the reporting
1 reportLelaki lari tinggalkan motosikal selepas cubaan mencuri gagal
KUANTAN – Cubaan seorang lelaki untuk melarikan barangan dari sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini tidak kesampaian apabila tindakannya disedari pemilik kediaman terbabit, memaksa suspek melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut sehingga meninggalkan motosikal yang digunakan di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian awal pagi Khamis itu, suspek dipercayai gagal membawa lari sebarang barangan dan melarikan diri dengan tangan kosong.Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar sebelum cuba melarikan beberapa barangan termasuk tangga aluminium dan wayar kabel."Bagaimanapun, kejadian itu disedari pemilik rumah menyebabkan suspek segera melarikan diri tanpa sempat membawa barangan yang cuba dicuri."Suspek juga meninggalkan motosikal yang digunakan di hadapan rumah terbabit," katanya.Terdahulu, kejadian yang didakwa berlaku di Taman LKNP, Bukit Setongkol di sini, tular di media sosial.Berdasarkan hantaran yang dikongsikan, kejadian itu dikatakan berlaku antara pukul 12 tengah malam hingga 12.45 pagi dan melibatkan lima buah rumah yang diceroboh.Sementara itu, Ashari berkata, kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan usaha mengesan serta menahan suspek sedang giat dijalankan."Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian12:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.