
Lelaki lemas terbelit jala di sungai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KOTA BELUD: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dengan jala tersangkut pada badannya di sungai Kampung Rajunah, di sini, pagi tadi. (Berita Harian, 10:47)
Read the reporting
1 report
Lelaki lemas terbelit jala di sungai
KOTA BELUD: Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dengan jala tersangkut pada badannya di sungai Kampung Rajunah, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Togoi Tawan, 70, ditemukan orang awam kira-kira 7.30 pagi, selepas dia dilaporkan hilang sejak petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada 10.54 malam tadi berhubung kehilangan mangsa.
Katanya, berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa keluar dari rumah kira-kira 5.30 petang semalam, dengan membawa jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran.
"Sepasukan lapan anggota bomba kemudian digerakkan ke lokasi sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang tebing sungai.
"Bagaimanapun, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada 12.20 tengah malam berikutan keadaan gelap, selain tiada sebarang petunjuk ditemukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Elge berkata, ketika pasukan bomba tiba semula di lokasi pagi tadi, pihaknya dimaklumkan mangsa sudah ditemukan orang awam.
"Ketika ditemukan, terdapat jala ikan tersangkut pada badan mangsa dan dia dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti menjala.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, operasi yang turut dibantu dua anggota polis itu ditamatkan sepenuhnya pada 8.45 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.