Malaysian Attention Engine
Live wire
62Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47IMF says AI investment keeps global growth around 3%46Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie44Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution39MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says
AcceleratingConfirmedupdated 1 h ago

McDonald's tunai janji serah ganjaran RM50,000 kepada PSM

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
26
−50% / 60 min
Momentum
28
1 vs 2 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:46 MYTLatest activity 13 Oct, 15:57BMconfidence 77%

What happened

McDonald's tunai janji serah ganjaran RM50,000 kepada PSM (Harian Metro, 15:46)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

McDonald's tunaikan janji sumbang RM50,000 kepada PSM

By Amirul Fazli Zulkafli · 13 Oct, 15:57 MYT

KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia hari ini menunaikan janjinya menyumbang RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) selepas kejayaan bersejarah The Golden Tigers meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar melihat kejayaan itu memberi inspirasi kepada anak muda untuk mengikut jejak mereka.

"Seluruh skuad memberikan rakyat Malaysia satu detik yang amat membanggakan. Di sebalik pencapaian ini ada latihan bertahun-tahun, pengorbanan dan semangat berpasukan, serta sokongan keluarga, jurulatih dan pengurusan yang sentiasa bersama mereka.

"Kami berbesar hati menunaikan janji ini dan berharap sumbangan tersebut dapat membantu PSM membimbing lebih ramai bakat muda untuk melangkah lebih jauh," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Sepak Takraw Malaysia di McDonald's Pandu Lalu Titiwangsa, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.

Terdahulu, McDonald's Malaysia berjanji akan memberi sumbangan RM50,000 kepada PSM untuk program pembangunan sekiranya skuad sepak takraw negara memenangi emas di Aichi-Nagoya.

Pada temasya itu, Malaysia mencipta sejarah apabila menewaskan musuh tradisi Thailand 2-0 pada perlawanan akhir acara regu berpasukan lelaki, sekali gus menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali meraih emas dalam acara berkenaan.

Skuad negara kendalian ketua jurulatih Ahmad Jais Baharun turut membawa pulang pingat perak menerusi acara regu lelaki.

Dalam pada itu, Ahmad Jais melihat sumbangan itu sebagai suntikan sokongan penting dalam usaha memastikan sukan berkenaan terus berkembang dan lebih berdaya saing.

Katanya, kerjasama antara pihak swasta dengan PSM diharap dapat diteruskan bagi memastikan sepak takraw terus berkembang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada McDonald's Malaysia atas sumbangan untuk program pembangunan PSM.

"Saya lihat ini adalah salah satu sokongan daripada pihak swasta yang ingin melihat sukan sepak takraw lebih berdaya saing.

"Kita harapkan kerjasama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi melihat sukan sepak takraw semakin berkembang dan mencapai sasaran yang kita tetapkan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • 3 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51NEWRISINGACCELERATINGnow16:00
Latest 16:51 MYT
26Accelerating
Mentions / h1Velocity0.02/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +300%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +300% with positive acceleration

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 15:46 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.