
Ler Qi tempah tiket ke undian utama Malaysia Super 100
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ler Qi tempah tiket ke undian utama Malaysia Super 100 (Harian Metro, 19:40)
Read the reporting
1 report
Ler Qi tempah tiket ke undian utama Malaysia Super 100
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara, Eng Ler Qi mengesahkan tiket ke undian utama badminton Malaysia Super 100 selepas menewaskan pemain Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta, dalam aksi kelayakan, hari ini.
Ler Qi yang menduduki ranking ke-153 dunia mempamerkan bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 20-22, 21-19, 21-11 dalam pertarungan tiga set di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor.
Dia mengakui berdepan kesukaran pada awal perlawanan akibat rasa gementar dan keadaan gelanggang yang berangin, sekali gus menyukarkannya mendapatkan rentak permainan.
"Pada mulanya, saya berasa gementar dan agak sukar menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang kerana angin. Saya tidak mendapat momentum seperti yang diharapkan, tetapi saya tidak berputus asa dan terus mencuba," katanya.
Ler Qi berkata, dia memilih untuk kekal tenang, tidak terburu-buru ketika melakukan pukulan dan tidak terlalu bimbang melakukan kesilapan.
Pendekatan itu membantunya kembali mengawal permainan, selain berusaha mengekalkan tempo pukulan walaupun lawan cuba memperlahankan rentak perlawanan.
"Saya terus mengingatkan diri supaya tidak memperlahankan tempo pukulan. Walaupun lawan masih mampu mengembalikan pukulan saya, saya perlu terus mencuba dan tidak mengikut rentaknya," katanya.
Terdahulu, Ler Qi memenangi perlawanan pertama kelayakan selepas menewaskan Huang Sheng Chun dari Taiwan, 21-19, 18-21, 21-19.
Ler Qi menyifatkan kejohanan itu sebagai peluang penting untuk menguji kemampuannya menentang pemain yang mempunyai ranking lebih tinggi.
Katanya, walaupun pernah menyertai kejohanan bertaraf Super 100 kira-kira dua tahun lalu, prestasinya ketika itu tidak begitu memuaskan.
"Ini peluang yang sangat baik untuk saya bermain pada tahap terbaik. Ramai pemain mempunyai ranking lebih tinggi daripada saya, jadi saya tidak mahu terlalu banyak berfikir dan hanya mahu bermain dengan baik," katanya.
Sementara itu, beberapa wakil negara turut mencatat kemenangan dalam aksi kelayakan.
Razeeg Danial mencatat kemenangan dalam perseorangan lelaki apabila menewaskan wakil Indonesia, Henrikho Wibowo Kho, 23-21, 21-17.
Dalam perseorangan wanita, Shahidi Shaneesa menewaskan pemain Venezuela, Juliana Zefanya Gabriela, 21-10, 21-11, manakala Lim Zhi Shin bangkit selepas tewas set kedua untuk mengatasi pemain Thailand, Nattanan Kulamat, 21-14, 8-21, 21-17.
Beregu wanita, Dania Sofea-Tan Zhing Hui pula menewaskan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan, 21-13, 21-9.
Beregu lelaki, Beh Chun Meng-Choi Jian Sheng turut melakar kemenangan selepas menewaskan Eason Lee-Xu Wong, 21-10, 21-14, manakala Juan Jeremy Zhen Liang-Lim Tze Jian mengatasi pasangan Turkiye, Bugra Aktas-Emre Sonmez, 21-16, 21-8.
Dalam beregu campuran, Tan Zhi Yang-Teoh Mei Xing menundukkan Beh Chun Meng-Karen Yun Qiao Feng, 21-9, 21-11.
Turut mara, Juan Jeremy Zhen Liang-Low Yeen Yuan bangkit selepas tewas set pertama 20-22 sebelum menundukkan pasangan India, Samarveer Samarveer-Vaishnavi Khadekar, 21-13, 21-14.qi
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.